Friday, July 29, 2011

SALAM RAMADHAN!!!!

Kat sini saya hanya nak buat sedikit ucapan iaitu :



Kamipun ada 'TALENTIME' you,hehehe

 Salam semua kawan-kawanku..moga sihat semuanya..hehe..tak lama lagi lebih kurang dua hari la kita akan sambut bulan Ramadan..bulan untuk umat islam..kita WAJIB puasa ye,huhu..ok la kali aku bukan nak cerita pasal tu lagi tapi nak cerita tentang peristiwa yang baru je berlalu iaitu 'TALENTIME'..event ni budak-budak tesl kat IPG aku yang anjurkan..kitaorang sertai je,ki3..tuk memeriahkan majlis la katakan..g pon kami dah semester akhir sekarang ni,huhu..tahun depan sudah berambus dari IPG Kampus Sultan Mizan..ianya diadakan pada 27/7/2011 bersamaan dengan hari RABU..banyak orang join event ni sampaikan ianya menjadi 18 penyertaan huhu..diadakan lak dalam satu malam je..jadi sudah semestinya habis lambat..dekat pukul 1 gak la..emm nak tau kami menang ke tak???? Jawapannya ialah...K.A.L.A.H..huhu tak kisah pon janji enjoy,weeee....yang menang tetap budak batch kami..kumpulan budak lelaki semester 8, GD Crew..TAHNIAH u alls!!!!(^^,)..ni ada sedikit gambar untuk tatapan kamu-kamu semua...jommmmm layannnnnnn:-


Bersama kawan baikku yang join juga event ni, Thiah


Ini ialah Izzati..blogger BEAT GARDEN


Ni la ahli-ahli group saya masa atas pentas

Monday, July 25, 2011

Kenyangkan diri di Restoren Ayam Penyet

 Assalamualaikum semua pembaca saya..sapa tahu ayam penyet ni camne?? Saya sendiri pon tak tahu,hehehe..first time g makan kat sini, boleh tahan gak la..kebetulan ada sorang kawan saya ikut balik ke umah saya sebab tu leh g makan kat sini kalau tak..kita tak teringin pon nak masuk makan kat restoren ni..nama je pon bunyi pelik,hehe..kelakar pon ada bunyinya 'ayam penyet'..maaf ye bukan mengutuk..untuk pengetahuan semua, kawan yang ikut aku tu ialah Siti Salwa..panggil wawa je..

Kalau nak tahu makanan ni rasanya asal dari indonesia..popular di kalangan orang minangkabau..kalau tak betul tolong tegur ye,hehe..jom layan gambar-gambar menarik saya dan wawa..(^^,)v

Wawa dan Anne di Restoren Ayam Penyet, Kulim Landmark, Kedah



Ni gambar rumah minangkabau kat dinding restoren


Dah tak sabar wawa nak makan tu,hehe


Ni la rupa makanan yang kami tempah


                             Ayam penyet                                   Gado-gado


Kaunter bayaran


Sisa amukan garuda,ngeee3..

Memandangkan kami hanya berdua maka makanan ada yang tak habis..kami kekenyangan yang teramat sangat,huhu..oleh itu nasihat saya buat rakan-rakan yang rasa nak makan ayam penyet gak..JANGAN TAMAK!! Bak kata pepatah 'orang tamak selalu rugi'..maksudnya di sini ialah..makanan tak habis tapi duit kami yang habis..sekian..

SELAMAT MEMBACA!!!

Santai santai santai

CERITA 1


Seorang penganggur begitu gembira selepas menerima tawaran kerja di Zoo Melaka. Tanpa bertanya jenis pekerjaannya, dia terus menerima. Sebaik melapor diri, dia diberikan sepasang pakaian berbentuk monyet. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi seperti haiwan itu kerana penghuni kandang itu mati mengejut seminggu sebelum itu. Antara tugasnya, dia perlu memanjat, melompat dan bergayut-gayut sambil berayun-ayun pada tiang-tiang yang disediakan dalam kandang. Bagaimanapun lama-kelamaan penganggur itu berasa seronok dengan tugasnya. Aksinya cukup menghiburkan. Suatu hari, ketika dia bergayut dari tiang ke tiang dan berayun-ayun di udara, pegangannya terlepasdan dia terhumban ke kandang sebelah yang menempatkan seekor harimau kumbang. Melihat haiwan pemangsa itu menghampirinya, penganggur itu cuba menjerit: "Loh! Tolong...aku bukan monyet. Aku manusai," jeritnya, tapi suaranya enggan keluar kerana terlalu takut. Harimau kumbang itu perlahan-lahan menghampirinya, lalu berbisik ke telinganya. "Diamlah bahalullll...kalau tak, kita berdua akan kehilangan kerja!"


CERITA 2


Pada hari pertama persekolahan, seorang kanak-kanak dibangunkan ibunya terlalu awal - pukul 6.00 pagi dan hari masih gelap.


Anak : Ibu bohong..ibu bohong!
Ibu    : Bohong apanya?
Anak : Ibu kata sekolah mula waktu pagi. Kenapa ibu tak cakap saya akan belajar di sekolah malam!

Elak riak dalam amalan

Rasulullah menyatakan, riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud:

“Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab Baginda, ia adalah riak.”

Pengertian riak adalah beramal kerana manusia dan bukannya kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain.

Baginda bersabda maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.”

Makna ikhlas merujuk kepada sesuatu perbuatan dan tanggungjawab dengan kesengajaan hanya kerana Allah, tidak bermuka-muka dan tidak mengharapkan pujian manusia.

Dalam budaya kerja, ikhlas adalah melakukan tugas kerana menunaikan tanggungjawab tanpa mengampu atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Sering kali makna kerana Allah kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sentiasa bersama.

Bagaimanakah perasaan seorang pekerja apabila kerjanya diperhatikan majikannya? Sudah tentu dia buat dengan sungguh-sungguh iaitu penuh dengan kualiti.

Orang Islam sepatutnya lebih cemerlang daripada bukan Muslim kerana mereka terikat dengan peraturan pejabat dan tuntutan budaya kerja cemerlang yang disarankan Islam.

Berikut adalah petanda yang menjadi ukuran sebenar keikhlasan supaya dapat menjauhkan diri daripada bersifat riak antaranya: 

l Tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.



  • Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri.


  • Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak.


  • Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar dihargai jasanya. Dalam konteks ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama, memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang patut dipuji. Rasulullah walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali.


  • Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah Khalid al-Walid.


  • Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan dan kepakaran tanpa diganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.


  • Sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.

    Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dalam melakukan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atau putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.
  • Thursday, July 21, 2011

    Jom santaikan diri sambil bergelak ketawa

    1) Seorang kontraktor menawarkan sebuah kereta baru kepada tokoh politik sebagai membalas budinya menolong dapatkan suatu kontrak besar.

    Ahli politik  : Itukan rasuah! Saya takkan menerimanya!
    Kontraktor : Saya bukan nak bagi rasuah, cuma nak jual kereta tu pada Datuk dengan harga RM200.
    Ahli politik  : Begitu murah! Kalau macam tu, bagi saya dua le!


    2) Seekor rusa bersama seekor singa beriringan masuk ke sebuah restoran. Anehnya mereka duduk semeja. Pelayan menghampiri untuk mengambil pesanan.

    Rusa     : Bagi saya sebesen rumput hijau, lima batang karot segar dan sebaldi air bercampur sedikit garam.
    Pelayan : Kawan encik ni nak makan apa?
    Rusa     : Tak ada apa!
    Pelayan : Dia tak lapar ke?
    Rusa     : Awak ingat kalau dia lapar kami boleh jalan bersama?


    3) Seekor ketam jantan bertemu ketam betina di tepi pantai, lalu mengajaknya kahwin. Ketam betina hairan bagaimana ketam jantan yang baru ditemuinya berjalan betul - tidak mengiring sepertinya. "Wowwww..." kata ketam betina. "Cara dia berjalan luar biasa. Dia ketam istimewa. Begini punya macho takkan aku nak lepaskan begitu saja," bisiknya dalam hati. Dipendekkan cerita, kedua-duanya pun kahwinlah. Keesokan harinya, ketam betina terkejut melihat suaminya berjalan seperti dirinya - mengiring. "Apa dah jadi?" dia bertanya. "Semalam cara abang berjalan cukup cantik, kenapa hari ini kembali seperti saya?" "Sayang.." kata ketam jantan, "takkan sayang nak tengok abang mabuk setiap masa."

    SELAMAT BERGELAK KETAWA!!!

    Tuesday, July 19, 2011

    Tasik Kenyir here we come

    Chewahhh..baca tajuk je asenya orang tahu aku gembira dapat pergi ke Tasik Kenyir..walaupun bukan tempat yang aku nak sangat pergi tapi aku tetap g gak coz ni first time nak g situ..excited tau...aku akan pergi dengan kawan-kawan sepraktikum ku tapi bukan semua g..tinggal ber-3 je..yang lagi dua orang tak ikut..ada hal masing-masing,huhu..sedih gak ase tak cukup geng tapi pergi tetap pergi,ngeee3..kami ni sebenarnya ikut rombongan sekolah je yang dibuat untuk murid tahun 6..walaupun sekadar ikut kita enjoyyyy je...

    Okey..tempat-tempat yang akan kami lawati di sana ialah Taman Herba dan Air Terjun Saok..dua je tapi jadila kan,huhu...doakan kami selamat pergi dan pulang..AMIN!!!


    Air terjun saok


    Taman Herba Tasik Kenyir
    Taman Herba

    Sunday, July 17, 2011

    Kejar keberkatan rezeki halal


    ALLAH menjamin rezeki makhluknya. "Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya." (Surah Hud ayat 6).


    Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari. 


    Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya.

    Islam menekankan setiap Muslim supaya bekerja keras mencari rezeki dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat. Elakkan daripada meminta secara haram.



    Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada Rasulullah.


    Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah, Baginda akan memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, Baginda bersabda: "Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini memang indah dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya. 

    Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang menerima pemberian berkenaan." 

    Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan. 

    Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi. 

    Namun apa yang menyedihkan pada masa ini terdapat sebilangan orang yang 
    meminta-minta wang daripada keluarga, jiran atau rakan, ataupun ke rumah orang yang tidak dikenali. 

    Ada juga di antara mereka meminta-minta kepada pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan lebih mendukacitakan terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan selalu meminta wang daripada orang ramai di tempat awam seperti di kompleks beli-belah atau restoran dengan alasan hasil pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup. 

    Rezekinya halal tetapi caranya tidak betul. Walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta. 

    Ini berdasarkan kepada sabda, dari Imran bin Husin berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai." (Riwayat Ibnu Majah). 

    Renunglah, betapa orang miskin lagi tidak digalakkan meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan reda ke atas rezeki yang dikurniakan Allah. 

    Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan haloba kepada harta benda sehingga sanggup mencari harta dengan cara meminta-minta. 

    Sebagaimana hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Seorang yang terus-menerus meminta-minta kepada orang ramai, sehingga nanti dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang hanya tinggal tulang, tidak ada lagi daging padanya." 

    Walaupun pada dasarnya perbuatan meminta-minta itu haram dan dilarang oleh agama, namun jika timbul sesuatu darurat atau keadaan terpaksa, maka ia menjadi harus. 

    Keadaan terpaksa atau darurat itu ialah seorang yang lapar meminta makanan untuk mengisi perutnya kerana dia bimbang jika tidak makan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati. 

    Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian, terpaksa meminta pakaian bagi menutup auratnya. Hal seperti ini mengharuskan seseorang itu meminta kepada orang lain selama mana peminta itu tidak berkuasa atau mampu membuat sebarang pekerjaan untuk menyara keperluannya. 

    Jika dia berupaya untuk bekerja tetapi malas maka tidaklah diharuskan ia meminta-minta daripada orang lain. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa orang yang bekerja mencari rezeki itu walaupun hasilnya hanya sedikit, itu adalah lebih baik daripada perbuatan meminta-minta. 

    Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Az Zuba'ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak." (Riwayat Imam Bukhari). 

    Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta tanpa sebab itu menjatuhkan maruah serta menjejaskan imejnya. 

    Malah perbuatan meminta-minta mencerminkan sikap yang negatif masyarakat kerana sentiasa bergantung ihsan dan bantuan daripada orang ramai atau pihak tertentu. 

    Justeru, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan reda dengan pemberian Allah. 

    Sama-samalah berdoa mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki-Nya ke atas kita semua.



    (SUMBER DARI : MYMETRO ONLINE OLEH MOHD ZAWAWI YUSOH)

    Diriku yang tersangat sibuk

    Assalamualaikum semua..apa khabar wahai pembaca-pembaca entriku sekelian,hehe..(ada kot)..dah lama gak la tak buat entri baru kan, nak buat camne aku sibuuuukkkk sangat sejak g sekolah semula ni untuk internship..walau pon sebulan rasa macam setahun je..hahaha terlebih perbandingan sudah..padahal tahun depan pon aku sudah mula mengajar dan akan mengajar untuk tahun-tahun akan datang jika umur aku panjang insyaAllah..

    Aku nak la cerita gak sikit kat sini..aku g sekolah sibuk duk uruskan sal projek..macam-macam projek da nak kena urus..pensyarah aku kata cam latihan la sebelum pergi mengajar betul-betul tahun depan..tapi aku rasa masa untuk urus projek selama sebulan mana cukup,huhu..aku duk sibuk urus projek, maklumat tuk tesis aku pe lagi..sangkutttt..waaa..hatiku pon mula risau..tapi takpe aku kan cool,chewah...

    Senarai projek yang wat aku sibuk setakat ini, jeng3 :
    1- Kem Motivasi UPSR
    2- Pertandingan bola jaring dan bola sepak
    3- Tarian senamrobik (aktiviti unit beruniform)
    4- Hari Kelab dan Persatuan
    5- Lawatan Sambil Belajar ke Tasik Kenyir (Tahun 6)

    Jadi, inilah projek-projek yang telah buat aku dan rakan-rakan sibuk sampai tak cukup masa untuk buat benda lain,huhu..kalau ikutkan pensyarah aku suruh buat 3 je projek tapi sekolah aku saje nak jadikan kami guru pelatih 'terbaik' dengan menyuruh membuat 5 projek..takpe janji berjalan lancar..weee..ok la dah penat melalut..aku berhenti dulu di sini..papai..=)

    Friday, July 8, 2011

    Minggu Projek

    Assalamualaikum semua..moga semuanya sihat dan sentiasa dalam perliharaan-Nya..hari ni nak berkisah sikit mengenai projek yang aku dan rakan-rakanku buat di sekolah..projek ni kena buat sebab kami dah semester akhir di IPG,huhu..tapi tak pe coz tak susah pon..i likeeeee, weeeeeeee...

    Ok la tanpa buang masa aku nak cerita tentang projek pertama kami..projeknya ialah KEM UPSR. Sebenarnya kami tumpang kaki je dalam projek ni tapi tak bermakna kecik je peranan kami,huhu.. besar gak peranan kami coz amek dua slot untuk diuruskan..kami uruskan slot riadah dan motivasi..program ni hujung minggu pertama tau, jadi memang agak semput gak la nak uruskannya tapi kami kuat,hehehe..dengan kerjasama semua ahli aku harap semuanya berjalan lancar..

    Emmm memandangkan beberapa hari gak tak buat entri baru jadi hari ni nak la kongsi gak sikit ilmu untuk tatapan semua orang yang sudi luang masa di blog ku ini..(^^,)


    KAEDAH DAN ADAB BERDOA

    a) Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, serta suci pakaian dan tempat berdoa.
    b) Mangadap kiblat, dan berdoalah dengan khusyuk, tawaduk serta merendah diri kepada Allah SWT.
    c) Doa dimulai dengan memuji Allah SWT, sekurang-kurangnya membaca 'Alhamdulillah', diikuti dengan membaca selawat atas Nabi, sekurang-kurangnya 'Allahumma solli a'la saidina muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim'.
    d) Sebelum diakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan selawat atas Nabi SAW serta puji-pujian kepada Allah SWT.

    SEKIAN..SELAMAT MEMBACA!!

    Tuesday, July 5, 2011

    Kelebihan bulan SYA'BAN

    BULAN SYA'BAN :

    Persediaan Di Ambang Ramadhan
    Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

    Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
    Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala. Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban. Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

    Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
    Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
    1. Memperbanyak puasa sunat.
    Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
    2. Bertaubat dan beristiqhfar
    Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

    Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
    1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
    2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
    3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.


    Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan. Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya. Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah  bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

    3. Memperbanyak zikir dan berdoa
    Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.


    Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
    i. Menenangkan hati:
    Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
    ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
    Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
    Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
    iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
    iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
    Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

    Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
    i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
    ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.


    Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
    Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. 


    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda: Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
    (Hadis riwayat an-Nasaie)

    Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
    Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
    “Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
    (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban) 


    Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

    Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
    Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
    Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

    Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:
    1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
    2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.


    Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.
    Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban


    Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah. Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.

    Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.

    Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada maksiat.

    Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.

    Sunday, July 3, 2011

    Urat kaki pintal

    Apakah perkaitannya entri ini dengan saya ye?? Begini..sebenarnya saya tertarik dengan info kesihatan mengenai 'urat kaki pintal' yang disiarkan dalam mymetro online..info ini sipi-sipi ada kaitannya gak dengan mak kawan saya..saya pernah tengok kat kakinya ada segumpal urat-urat kecil timbul membentuk rupa seakan bunga yang berkembang..sebenarnya saya ngeri tengok tapi timbul gak tanda tanya sebab apa jadi begitu..so, dengan tak sengaja hari ini saya terjumpa info berkaitannya..nak tahu dengan lebih lanjut jom la kita dalami info kat bawah ni:-

    (dipetik dari Harian Metro Ahad, 3 Julai 2011 secara online)


    PERHATIAN kepada kaum wanita terutama ibu hamil. Cuba perhatikan belakang betis anda ada atau tidak urat kaki berpintal berwarna hijau yang timbul. Jika ada anda mungkin mengalami vena varikos.

    Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah dalam vena yang terlalu tinggi menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang gelembung dan berpintal.

    Biasanya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) sama ada di sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada paha dan kaki atau pangkal paha hingga ke buku lali.
    Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil 'telangectasis'. Biasanya vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di satu atau kedua-dua belah kaki.

    Menurut Pakar Bedah dan Laparoscopy Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Jonah Azariah, perkataan varikos diambil daripada perkataan Latin bermakna “pintal” yang memberi gambaran vena yang berpintal dan bergelembung. “Penyakit vena varikos biasanya tidak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan. Apabila tidak dijaga, tekanan darah dalam vena akan meningkat menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.

    “Proses ini secara tidak langsung mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan disebabkan darah yang tertinggal mengandungi karbon dioksida dan racun tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah,” ujarnya sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
    Tambahnya, vena varikos biasanya tidak sakit dan ia tidak boleh berjangkit. Pesakit hanya akan mengalaminya selepas melahirkan anak kedua mahupun ketiga dan jarang dialami bagi mereka yang hamil sulung.

    “Ia boleh dielakkan dengan menjalani hidup sihat seperti banyakkan bersenam dan menjauhi rokok. Berdiri terlalu lama juga antara punca utama berlakunya vena varikos apatah lagi yang bekerja sebagai jurujual dan sebagainya.
    “Kepada individu terutama yang bidang pekerjaannya memerlukan mereka berdiri dalam tempoh agak lama dinasihatkan supaya memakai stokin khas yang boleh memberi kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena,” jelasnya.

    Prosedur mengesan vena varikos

    Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dengan pesakit dalam keadaan berdiri, untuk pastikan jika pesakit menghidapi vena varikos. Meskipun tidak sukar untuk mengenal pasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal bagi memastikan kedudukan injap yang rosak.Pemeriksaan doppler membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki. Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.
    Manakala pemeriksaan Venografi pula menggunakan x-ray selepas vena kaki dimasukkan cecair kontras yang jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku dan thrombophlebitis.

    Punca

    l Keturunan - keadaan semula jadi kerana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
    l Umur - mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur antara 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca daripada pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
    l Berdiri terlalu lama - ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera, polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
    l Gemuk berlebihan -perut yang boroi menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
    l Kehamilan - Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung serta kesan hormon oestrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
    l Trauma kecederaan - membabitkan vena, terutama pada kaki.
    l Darah beku dalam vena - ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
    l Penyakit - penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena seperti penyakit hati, lemah jantung dan masalah air dalam perut (ascitis)

    Antara simptom sering dilaporkan

    l Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit.
    l Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama.
    l Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
    l Buku lali bengkak.
    l Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam.
    l Kulit menjadi nipis dan kering.
    l Keradangan.
    l Ulser (peringkat akhir).
    l Pendarahan (peringkat akhir).
    l Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah).
    l Kudis pada buku lali sukar baik.
    l Rasa gatal di sekitar vena yang terbabit.

    Prosedur Rawatan Lanjut

    Untuk kes vena varikos yang teruk, berkomplikasi atau atas sebab kosmetik (akibat rupa kulit kaki yang hodoh) terdapat beberapa prosedur berikut yang boleh dilakukan oleh doktor.
    1. Sclerotherapy: Doktor akan menyuntik ubatan cecair khas bertujuan mematikan vena yang bermasalah, Ini berkesan sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul. Kesilapan suntikan boleh menyebabkan kesakitan yang amat dan menghasilkan kudis (ulser) yang sukar sembuh.
    2. Rawatan cahaya laser: Ini digunakan untuk merawat telangiectasis dan vena varikos yang kecil di bahagian muka atau kaki.
    3. Rawatan photoderm: Rawatan ini menggunakan katheter yang dimasukkan ke dalam saluran vena. Alat khas di hujung katheter akan mengeluarkan haba panas yang mematikan vena yang bermasalah.
    4. Stripping: Prosedur ini menggunakan wayar panjang khas yang dimasukkan ke dalam vena saphenous dari buku lali ke pangkal paha, dan kemudiannya ditarik keluar kesemua vena terbabit.
    5. High ligation: Pembedahan ini dilakukan pada pangkal paha di mana vena saphenous diikat dan sambungan antara vena femoral dan vena saphenous diputuskan.
    6. Avulsion: Melalui beberapa pembedahan kecil di kulit kaki, vena varikos ditarik keluar sedikit demi sedikit sehingga tiada benjolan vena varikos yang ketara. Selalunya pembedahan ini ditambah prosedur ‘high ligation’ untuk mendapat hasil rawatan yang lebih berkesan.

    Urat berpintal di bahagian pelipat kaki

    Urat bersimpul di bahagian betis

    Pangku kepala penjenayah

    Haaa..takut tak bila dengar tajuk ni?? Aku takut gak mulanya tapi tak de pape la..nak tau apa cerita di sebaliknya jommmm layan entri ni.....



    MADAME TUSSAUD


    SELAMA lebih 200 tahun, patung lilin ciptaan Madame Tussaud dikagumi oleh dunia. Dia berjaya memindahkan wajah dan tubuh manusia kepada karyanya sekali gus menjadikan patung-patung itu kelihatan hidup dan bernyawa. Selain patung lilin selebriti dunia moden, tarikan popular lain Muzium Madame Tussaud di London ialah Chamber of Horrors, iaitu seksyen yang mempamerkan kepala mangsa pembunuhan semasa Revolusi Perancis (1789-1799) serta kumpulan penjenayah lain. Madame Tussaud dilahirkan dan membesar di Perancis tetapi karya-karyanya lebih popular di England.
    Raja
    Semasa mogok melanda bandar Bastille di Perancis pada tahun 1789, kepala de Launay iaitu Gabenor Bastille, yang dipancung dan berada dalam keadaan mengerikan dibawa kepada Madame Tussaud. Pekerja-pekerja mogok itu mengarak kepala gabenor itu bagi menunjukkan kemarahan mereka kepada kerajaan. Namun, disebabkan kepala itu mula membusuk dan mereka pula mahu mempamerkannya dengan lebih lama sepanjang mogok itu, menukarnya ke dalam bentuk patung lilin adalah penyelesaiannya.
    Ukiran kepala de Launay hanya permulaan kepada kisah seram kerjaya Madame Tussaud. Semasa Revolusi Perancis, para revolusioner telah memancung beratus-ratus orang bangsawan di tempat hukuman yang dipanggil gilotin. Disebabkan terlalu ramai orang yang dihukum, Madame Tussaud terpaksa mencari kepala rakan-rakannya di bawah timbunan kepala manusia itu. Dia kemudian dipaksa membuat patung lilin mangsa pancung berkenaan termasuk kepala Raja Perancis, Louis XVI dan kakaknya, Marie Antoinette. Dia menyiapkan patung lilin itu sambil memegang kepala yang berlumuran darah itu di atas pangkuannya.
    Madame Tussaud sendiri pernah ditangkap dan dipenjarakan atas dakwaan menjadi penyokong golongan bangsawan kerana dia pernah tinggal dan bekerja di istana. Menurut sesetengah sumber, kepala Madame Tussaud bahkan sudah dibotakkan sementara menanti hukuman pancung dijalankan. Mujurlah dia dibebaskan tiga bulan selepas itu. Dilahirkan sebagai Marie Gorshotlz di Perancis pada tahun 1761, rekaan patung Madame Tussaud dibuat sepenuhnya daripada lilin. Kebolehannya itu bermula semasa zaman kanak-kanak lagi apabila dia diajar oleh seorang doktor perubatan, Dr. Philipe Curtius yang juga pakar seni patung lilin. Antara rekaan terkenal Curtius ialah patung Marie-Jeanne du Barry iaitu perempuan simpanan Raja Louis XV yang pertama kali dipamerkan pada tahun 1770.
    Pancung

    JUSTIN Bieber turut menghiasi Muzium Madame Tussaud di London.


    Patung itu masih boleh dilihat hingga sekarang. Apabila Curtius meninggal dunia pada tahun 1794, dia meninggalkan model-model patung lilinnya kepada Madame Tussaud. Marie Tussaud mula membuat patung lilin pada tahun 1777 pada usia 16 tahun. Diperbuat daripada lilin lebah, patung itu boleh diukir di bawah suhu biasa atau dengan menggunakan suhu panas yang rendah. Lilin lebah itu dicampurkan dengan bahan pewarna dan boleh diukir dengan mudah. Patung lilin pertama Madame Tussaud ialah penulis, Francolis Mariet Arouet de Voltaire, yang lebih dikenali dengan panggilan Voltaire sahaja.
    Selepas itu, dia mengukir patung ramai manusia berpengaruh termasuk ahli falsafah, Jean-Jacques Rousseau dan salah seorang pengasas negara Amerika Syarikat, Benjamin Franklin. Ukiran kepala yang kebanyakannya berlumuran darah, terus menjadi tarikan di Muzium Madame Tussaud walaupun peristiwa itu sudah lebih dua abad berlalu. Kini, golongan selebriti mengambil alih tempat ahli politik dan kerabat diraja. Antaranya termasuk Michael Jackson, Justine Bieber dan Britney Spears. Patung lilin mereka berjaya menarik begitu ramai pengunjung dari seluruh dunia.
    Terima kasih sudi baca entri ni,hehehe...SEKIAN!!!

    Friday, July 1, 2011

    Kita sering kecewa

    Assalamualaikum semua..ya tajuk entri kali ini adalah mengenai 'kekecewaan'..saya rasa semua orang mesti pernah ada perasaan cam ni kan?? Saya juga tak terkecuali,huhu..rasa kecewa sangat bila tak dapat apa yang kita mahukan..kita selalu fikirkan "aku dah berdoa pada Allah tapi kenapa Dia tak makbulkan?" tapi pernah ke kita fikir kenapa Allah tak makbulkan doa kita tu..mesti ada sebab dan hikmahnya kan..jadi janganla mudah berputus asa dari memohon pada-Nya..kitakan seorang muslim dan muslimah..(^^,)

    Untuk makluman kita..BERDOA kepada Allah SWT adalah ibadah. Demikian menurut sebuah hadis Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, berdoa hendaklah khusyu', tawadhu' dan taqwa. Jangan sekali-kali kecewa jika doanya belum dikabulkan. Sebaliknya hendaklah terus menerus berdoa sehingga menjadi amalan; kalau boleh tiap-tiap doa itu dibaca banyak kali, 10 kali, 100 kali, dan seterusnya. InsyaAllah akan dimakbulkan Allah SWT Yang Maha Pengurnia.

    Wallahua'lam..SELAMAT MENAMBAH ILMU!!!


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...