Saturday, December 15, 2012

Holiday di Pulau Pangkor!!!!

Assalamualaikum semua..

Rasanya dah terlalu lama biar blog ni bersarang ngan sesawang di alam maya ni,hehehe..apa nak kisah kan??sendiri punya blog so sendiri updatela,muahahaha..ok la hari ni tetiba rajin plak nak update sal ber'holiday' di Pulau Pangkor,yippiiii...Percutian kali ni ngan familyku tercinta tau u ollss,hehe..yg bestnya sebab pergi bercuti time aku udah kerja..hmmm jomla lihat2 gambar apa yang sempat di snap..(^^,)v..Cuti ni bermula 30 november sehingga 2 disember 2012, kiranya percutian 3H2M la..yuk tinjau gambar2 da best weeee;

Ni feri yang leh kita naik tuk ke sana
Ni la family saya=)
Matahari nak terbenam tu,hehe
Hari pertama di sana
Air tengah pasang di waktu petang
Wit my sis sebelum g snorkeling
Wuaaaarghhh!!!
Kepala buaya katanya, nampak x??hee
Ni lak penyu,huhu..
Ni pantai Man yg cun tuk berjimba2,hehe
Kota belanda
Batu bersurat orang Belanda
Hari akhir tpi kesilapan tarikh d stu,ngeee
Kalo u olls nk tau la..pulau pangkor ni antara pulau best gak la tuk g berehat ngan berjimba2 tenangkn fkiran..ada tempat tuk mandi-manda, ber'snorkeling', pusing pulau di laut, pusing pulau di darat, melawat kota belanda ngan batu bersurat..ole2 nk beli tuk di bawa blik pon belambak je, tinggal nk pilih, bayar pastu bwa la blik,ngeee..ni nak kasi skit info la dari pengalaman kn,hehe..jom layannnn!!!!

Tempat Percutian : Pulau Pangkor, Lumut Perak
Tempat Penginapan : Kawasan Teluk Nipah, Pasir Bogak (chalet,hotel dll)
Kenderaan : Teksi van(rm15)/sewa motor(rm30/24 j)/sewa basikal(rm5/24 j)/sewa kereta(rm80/24 jam)
Tambang feri : rm10 (pergi balik)
Tempat snorkeling : Ada banyak di tepi pantai tinggal nak survey harga then pilihla nak ikut pakej mana

Tapikan satu je yang xbest kt pulau ni..makanan mahal la..better bawa makanan basah pastu masak sendiri..leh jimat,hehe..ok la selamat bercuti semua!!!

Monday, September 24, 2012

Woww Beetles nk kasi hadiah..jom sertai..










Got a little Beetle story to tell?


What does it take to become one of the most-loved

cars in the world? Just be around since much of the

last century, like the Volkswagen Beetle!




With millions of Beetle owners across the globe,

every one of them has his/her own Beetle love

affair to speak of. Tell us about your own Beetle

story in words or a video, and you could win

a month’s experience with the new Beetle!




Will your unique Beetle love story be the one to

give us that warm, fuzzy feeling inside?

Submit your story now!





Visit here:

http://my.churpchurp.com/annefryoes/share/VWBeetle

Monday, July 16, 2012

Zikir di Setiap Waktu!!!(^^,)



Ketahuilah wahai saudaraku, setiap manusia mempunyai tujuan yang mendasar dalam kehidupannya, sebagai tempat berpijak pemikirannya, untuk mengarahkan seluruh aktivitinya dan menjadi sandaran segala cita-citanya. Itulah yang dinamakan al-mutsulul-a'la 'nilai-nilai utama'. Manakala tujuan itu teguh dan mulia maka akan terpancar darinya perbuatan-perbuatan yang luhur dan terpuji, dan peribadi pelakunya mencerminkan ketinggian jiwa (roh)nya dan sentiasa mengarah kepada kesempurnaan sehingga akan mendapatkan keberuntungan yang ditetapkan untuknya.


Islam hadir untuk memperbaiki peribadi manusia, menyucikannya, dan meninggikannya sampai ke darjat yang sempurna. Islam juga menjelaskan kepada seluruh manusia tujuan utama dan mengarahkan kepada tujuan yang paling mulia. Nilai-nilai tersebut adalah "menjadi sucilah di hadapan Allah Yang Maha Agung" dan ayat Al-Quran menyebutkan, maksudnya:

"Maka bersegeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu." (Adz-Dzariyat: 50)


Maka engkau tahu, wahai saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari Nabi Muhammad SAW berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan. Janganlah hairan bila mendapati kader-kader Ikhwanul Muslimin menjalankan sunnah-sunnah Nabinya, lalu mengikuti jejak beliau, menjaga zikir-zikir tersebut, dan mereka bertaqarrub (mendekatkan diri) dengannya kepada Tuhannya Yang Mulia dan Pengampun. Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." 
(Al-Ahzab: 21)




Sunday, July 1, 2012

Bingkisanku..

Assalamualaikum..sudah sekian lama rasanya diri ini tidak mengarang di ruangan yang aku sendiri wujudkan..ntah mengapa aku sendiri kurang pasti..kadang-kadang diri ini mungkin malas nak fikir idea apa tuk dibicarakan dan ada ketikanya aku sendiri takde 'mood' tuk mengarang..suatu ketika dulu semasa masih belajar rasanya lain sangat dengan situasi sekarang yang sudah bekerja..ntah kenapa bila dah bekerja aku rasa jiwaku kosong je..bila la agaknya aku dapat biasakan diri dengan keadaan ini sedangkan aku dah pun bekerja hampir 6 bulan,huhu..yang aku fikir sekarang ialah meneruskan hidup ini selagi bernyawa dan berbakti pada Allah selagi terdaya..semoga aku menemui kegembiraan di jalan Allah..

Thursday, May 3, 2012

Fadhilat mengamalkan Surah Yaasiin (^^)

   

Amalan membaca Surah Yaasiin, khasnya setiap malam Jumaat telah menjadi kelaziman setiap umat Islam, bukan sahaja di Malaysia atau di Nusantara bahkan di seluruh dunia Islam. Ini disebabkan fadhilat dan ganjaran membacanya sangat besar, bagaimana yang disebutkan oleh Hadis-hadis sahih Rasulullah s.a.w.:

- Meringankan azab sakaratul-maut ketika seseorang itu nazak (hampir meninggalkan dunia).
- Mendapat pahala yang besar menyamai pahala membaca sepuluh kali membaca Al-Quran.
- Menghindari bala bencana dan kesusahan dunia akhirat.
- Menjadi perisai dan pelindung pembacanya dari segala keburukan dan kejahatan.
- Menunaikan segala hajat pembacanya.

(Pengertian Hadis-hadis Nabi s.a.w. riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaai, At-Tirmizi, Said bin Mansur dan Al-Baihaqi)

Friday, April 20, 2012

EMPAT PERKARA YANG SANGAT SULIT UNTUK DILAKSANAKAN...

Ali r.a berkata:


"Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf ketika marah.


2. Suka memberi ketika susah.


3. Menjauhi yang haram ketika sunyi.


4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu daripadanya."


Thursday, April 19, 2012

Rehat yang panjang dari berblogging..



kerana sudah lama tidak meng'update'kan blog ku ini..diri ini terlalu sibuk dengan hal duniawi,wuwuwu..tapi saya akan cuba cari masa yang sesuai untuk berblog semula..weeeeee!!!!!!(^^,)v

Thursday, February 23, 2012

TIP: AMALAN KELUARGA BAHAGIA

Bacalah surah Al-Imran ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah" (nescaya Allah mengasihani kamu) maka niatkan nama suami mahupun isteri dan sambunglah ke ayat seterusnya.

Bacalah surah Al-Hasyr ayat 21 bagi melembutkan hati suami dan anak..

Amalkan membaca surah Thoha dan tiupkan di ubun-ubun suami, isteri atau anak ketika mereka sedang tidur. Ia bukan setakat melembutkan hati pasangan malah mempunyai banyak kebaikan yang lain termasuklah memudahkan orang yang berdolak-dalih melunaskan hutang mereka.

CANTIK DI HATI..



Setelah sekian lama menyepi, saya muncul kembali untuk berkongsi secebis ilmu yang diperolehi dari pembacaan baru-baru ini..semoga ianya bermanfaat untuk kita dalam menjalani kehidupan yang fana ini;
  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
  • Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
  • Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
  • Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
  • Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
  • Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
  • Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
  • Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa beerti.
  • Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
  • Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Sekian dulu untuk kali ini..WALLAHUA'LAM

Sumber: Majalah Mingguan Wanita 24 Feb - 1 Mac 2012

Saturday, February 11, 2012

Ayatku...sekadar berbicara




Salam semua..sudah agak lama saya berhenti mengarang entri sejak memulakan tugas sebagai pendidik anak bangsa,chewahhh..almaklumla tugas cikgu ni kan sibuk,hehe..tulis cam kerja len tak sibuk je kan..sebenarnya takde benda yang nak dikarangkan tuk tatapan anda, walaupun hakikatnya bersarang macam-macam rasa dan perasaan dalam hati dan kepala yang saya tak mampu nak luah sejak menjadi pendidik anak bangsa ni,huhu..lumrah kehidupan bekerja tidak sama sewaktu belajar dulu..cabarannya terlalu berat untuk saya hadapi  sebagai pendatang baru dalam dunia ini..tapi itulah hakikat yang saya kena pelajari dan hadapi..memang kalau diikutkan tak sanggup nak hadapi dan terima perubahan baru dalam hidup..tapi umur makin meningkat dan masa juga tak akan berhenti untuk menunggu orang-orang seperti saya yang lambat dalam tindakan..oleh itu saya kena sedar,huhu..saya harap saya dapat menempuhi dunia baru ini..DOAKAN SAYA MAMPU MENGHADAPINYA!!!(^^,)

Saya juga sebenarnya tak mampu hidup keseorangan tanpa keluarga di sisi..kesedihan itu hanya Allah yang tahu..dan saya juga tahu Allah telah menjadikan sesuatu itu dengan bersebab..semoga hikmah-Nya adalah yang terbaik Allah tentukan untuk saya..AMIN!!!



Wednesday, January 11, 2012

Saat KEEMASAN menjelma!!!!

Hi semua..akhirnya saat-saat keemasan yang di tunggu untuk tahu tempat penempatan mengajar tiba juga,hehe..saya dapat posting dekat SELANGOR..

Warga selangor tunggula kehadiranku..walau tahu negeri je dulu pun jadila daripada tertunggu-tunggu tak tahu nak ditempatkan ke mana,huhu..sekolah mana kena ngajar tak tahu lagi..jadi tunggu keputusannya hari Jumaat ni, sabarlah anne..semua kawan-kawan doakan saya dapat sekolah yang ok ye!!!!!



Wednesday, January 4, 2012

Cerita Berangkaian???

Salam semua kawan-kawanku..maafla sebab dah lama tak buat entri baru, ntah mengapa mood tuk mengarang seakan-akan di bawa pergi oleh sang angin,hehe..chewahhh, berpuisi lak kan..takpe kot sebab suka hati kiter la nak merapu apa kihkihkih..rasanya belum terlambat lagi kot nak ucap "SELAMAT TAHUN BARU 2012"..ada x orang yang tak buat azam untuk tahun baru?? Aku ler tu,hehe..tahun lepas pon xdek azam apatah lagi tuk tahun ni..kalau tahun lepas masih belajar tapi tahun ni aku dah kena kerja..tak tahu nak rasa apa sebab belajar best kerja pon best sebab dapat kumpul duit sendiri weeee..pape pon aku nak kasi u alls tatap pic kat bawah ni dulu sebelum wat sambungan cerita seterusnya...


Seterusnya ialah saya nak gitau pasal penerusan kerja saya..saya bakal guru tapi belum tahu tempat bakal di tempatkan..jadi sekarang hanya mampu berdoa banyak-banyak kepada Allah jela supaya tempat yang di pilih dapat (nak duk penang walaupun tau kesibukannya dasyat)..jadi situasi saya sekarang lebih kurang samala cam pic kat bawah ni;


Pape pun saya suka gak benarya tak tahu tempat 'posting' lagi coz dapat cuti lama-lama kat rumah..belajar dahla lama 5 1/2 tahun kot,huhu..masa yang dihabiskan di IPT lebih lama dari berada di sekolah menengah dulu kot..T_T (padahal lebih setengah tahun je pon)

Doakan saya dapat tempat kerja di negeri pilihan saya ye iaitu PENANG!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...