Thursday, February 23, 2012

TIP: AMALAN KELUARGA BAHAGIA

Bacalah surah Al-Imran ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah" (nescaya Allah mengasihani kamu) maka niatkan nama suami mahupun isteri dan sambunglah ke ayat seterusnya.

Bacalah surah Al-Hasyr ayat 21 bagi melembutkan hati suami dan anak..

Amalkan membaca surah Thoha dan tiupkan di ubun-ubun suami, isteri atau anak ketika mereka sedang tidur. Ia bukan setakat melembutkan hati pasangan malah mempunyai banyak kebaikan yang lain termasuklah memudahkan orang yang berdolak-dalih melunaskan hutang mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...