Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

TIPS buat si rambut "bercabang'


Assalamualaikum semua kawan-kawanku yang comel dan hensem,hehe..hari ni rasanya nak berkongsi tentang tips berkaitan rambut la plak..moga anda semua mendapat sedikit manfaat darinya ye..(^^,):

  • Jika kamu terus membiarkan rambut bercabang, ia boleh merebak sehingga ke bahagian atas rambut dan ini akan menjadi pecahan rambut semakin parah dan semakin mudah putus.
  • Trim (potong hujung rambut) secara teratur untuk membuang rambut bercabang dan terputus-putus ini.
  • Gunakan perapi secara teratur setiap kali selesai bersyampu. Ia bertujuan melembapkan rambut dan mengembalikan keadaan rambut pada keadaan asal.
  • Jangan mengikat rambut dengan ikatan yang terlalu ketat.
  • Sapukan perapi dan vitamin pada bahagian hujung-hujung rambut bagi melembapkannya.
  • Sekiranya rambut berada dalam keadaan yang mudah gugur, gunakan sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut.
 

"SELAMAT MENCUBA YE!!!"

Friday, October 7, 2011

OPSS!!!Jerawat

Assalamualaikum semua..hari ni saya muncul kembali untuk meng'update'kan diri dengan entri baru iaitu berkaitan jerawat,hehe..saya pasti anda semua mesti terlibat dengan masalah ni kan (termasuk saya la tu,hihi...) Ha..setiap dari kamu tentunya tahu jerawat adalah musuh utama setiap wanita. Kemunculannya bukan sahaja mengganggu penampilan, tetapi juga emosi mu. Sebab itulah pentingnya kamu memberikan perhatian dan penjagaan khusus untuk kulit wajah. Bagi merealisasikan impian tersebut, semak 14 tips atasi jerawat di bawah..ayuhhhh kawan-kawanku!!!


  

1- Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2- Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.

3- Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas menggunakan mekap.

4- Cuci wajah sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai  untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5- Opss! Awas, jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6- Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7- Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8- Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9- Sering berganti tuala pengelap wajah. Pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.

10- Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11- Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12- Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat berkumpulnya minyak dan debu.

13- Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori tinggi.

Sekian dahulu penulisan saya untuk kali ini..sebenarnya penulis berkongsi tips ini dengan anda kerana penulis juga ada kalanya tidak dapat mengelak diri sendiri dari tidak melakukan perkara seperti di atas,hehe..tak larat nak ikut gak kalau banyak tips sangat..takpe la janji penulis dapat berkongsi dengan pembaca semuapun dah mencukupi kan,hehe..

"SELAMAT MEMBACA & MENGAMALKANNYA!!!"

Thursday, September 29, 2011

TIP: Makanan untuk langsingkan TUBUH!!!

Assalamualaikum semua kawan-kawan dan pembacaku sekalian..hari ni rasa nak buat entri pasal tip kesihatan la pula,hehe..bukan apa la kan, di samping menjamu kesihatan rohani dengan ilmu agama, jasad kita juga kenala sihat ye..kalau tak susahla nak beribadat pada Allah s.w.t..oleh itu jom kita lihat apa makanan yang sesuai yang boleh buat badan kita langsing..laki ke perempuan ke semua boleh amalkan makanan ni,hehe..

Pertama: PISANG


Kedua: KEKACANG


Ketiga: KENTANG


Keempat: BERAS MERAH


Kelima: BARLI


Untuk makluman tip ini adalah dari Majalah Mingguan Wanita (23-29/9/11) tetapi ianya telah saya ubah menjadi gaya penulisan saya..jadi semoga anda mendapat sedikit manfaat dari tip ini,huhu..mulai hari ni jom sama-sama makan benda-benda ni,hehe..sama-samala kita jadi sihat untuk beribadat di samping kuruskan diri!!!!(^^,)

Sunday, September 25, 2011

TIP: untuk membuat GIGI kembali putih secara semula jadi

1) Lemon dan garam
 
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon ynag telah dicampurkan dengan sedikit garam. Aplikasikan pada gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan tanda-tanda kekuningan atau karat pada permukaan gigi.

2) Kulit limau

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Ia mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut sekali gus membantu menghilangkan noda karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan gigi.

3) Daun salam

Ambil enam helai daun salam, lalu jemur di bawah matahari hingga kering. Haluskan daun salam tersebut dan tambahkan serbuk kulit limau. Gosok campuran ini pada gigi setiap hari dan lihat hasilnya nanti.

4) Strawberi

Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati malah ia kaya dengan vitamin c. Selain itu, ia juga memiliki khasiat untuk membersihkan gigi. Meskipun rasanya manis, buah ini tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, ia membantu menghilangkan noda karat pada gigi dan membuatnya menjadi lebih putih.

5) Sari epal dan cuka putih
 
Sari buah epal dan cuka putih juga sangat efektif menghilangkah noda karat pada gigi kerana kedua-duanya mengandungi bahan pemutih yang membantu menghilangkan noda dengan cepat. Pun begitu, pastikan anda tidak menggunakannya terlalu banyak kerana kedua-dua bahan ini agak keras dan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan gigi. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.

Sealin itu, untuk mendapatkan senyum yang cantik menawan, anda harus rajin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hindari penggunaan gel atau bahan kimia lain untuk memutihkan gigi. Ini kerana bahan yang terkandung di dalamnya dikhuatiri boleh membahayakan lapisan gigi dan menyebabkan gigi cepat rapuh dan mudah rosak.


Sumber: Majalah Mingguan Wanita (16-22 September 2011)

Sunday, September 18, 2011

5 sebab berat tak mahu turun!!!

1. Kurang bergerak.


2. Makan terlalu banyak.


3. Makan sambil berdiri.


4. Sering mengunyah.


5. Tidak tahu kuantiti makanan yang dimakan.



Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Julai 2011)

Berjemur dedah diri pada risiko kanser




Trend menggelapkan kulit sudah semakin diminati ramai. Malah semakin ramai remaja wanita di negara-negara Eropah dan Amerika gemar berjemur di tepi pantai agar kulit kelihatan lebih menarik dengan warna lebih gelap. Padahal, jika tidak dibatasi sinar ultra lembayung berlebihan pada kulit boleh menyebabkan kanser kulit.

Akademi Dermatologi Amerika telah menyelidik seramai 3,800 orang responden remaja perempuan yang berkulit cerah berusia antara 14 hingga 22 tahun. Hasilnya, mereka cuba mendapatkan kulit yang dengan terus berada di bawah sinar matahari atau ke kedai / premis yang menyediakan perkhidmatan menggelapkan kulit, atau menggunakan kedua-dua cara ini.

Berikut, adalah kesimpulan yang didapati daripada hasil penyelidikan yang dilakukan pada tahun lalu:

  • Sebanyak 32 responden telah menggunakan kemudahan menggelapkan kulit pada tahun lalu.
  • Sejumlah 81 peratus daripada mereka sering berjemur di luar ruangan secara rutin.
  • Hampir sebahagiannya, iaitu sejumlah 42 peratus daripada mereka melakukannya di premis atau kedai yang mempunyai kemudahan lebih baik berbanding berjemur.
  • Hampir 66 peratus responden berfikir mereka kelihatan lebih menarik dengan kulit yang lebih gelap, manakala 87 peratus remaja yang melakukannya berkongsi pendapat yang serupa.
  • Remaja perempuan yang menggelapkan kulit di kedai mengakui mereka melakukannya kerana mengikut ibu bapa masing-masing yang turut menggelapkan kulit.
Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Julai 2011)

Tuesday, September 6, 2011

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Assalamualaikum semua kawan-kawanku..mesti lepas raya semua orang rasa badan dia naik kan?? Emmm rasanya saya pon kot,hehe..oleh itu, saya pon carila artikel ini untuk di kongsi dengan anda semua..jom diettttt!!!!(^^,)..biasala kan lepas raya je semua berat badan bertambah sebab rakyat malaysia suka makan pulut (ketupat ngan lemang), nasi himpit, kuih-muih, biskut raya dan banyak lagi la kan..sebab tu la kita gemuk @ bertambah berat badan..huhuhu..dah la, penat dah merepek..bacala ye artikel ni..tq u alls!!

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, August 14, 2011

Mudarat makan berlebihan!!!


Assalamualaikum semua kawan-kawanku..hari ni saya nak ceritakan tentang kesan buruk yang akan kita dapat bila kita tamak sewaktu makan sehingga berlebihan..makan banyak ni buruk akibatnya berbanding kebaikan..jommm layannn 'mudarat makan berlebihan':

1. Hati menjadi keras.
2. Menimbulkan fitnah kepada anggota badan.
3. Melemahkan fikiran.
4. Mengurangkan ibadat.
5. Menghilangkan kemanisan beribadat.
6. Terdedah kepada perkara syubhat dan haram.
7. Menyibukkan hati dan badan.
8. Bebanan urusan akhirat.
9. Kurangnya ganjaran pahala di akhirat.
10. Tertahan di Padang Mahsyar.

Demikianlah saja dahulu 10 kesan buruk akibat dari makan banyak..jadi makanlah anda hanya secukupnya ye,huhu..

Sunday, July 3, 2011

Urat kaki pintal

Apakah perkaitannya entri ini dengan saya ye?? Begini..sebenarnya saya tertarik dengan info kesihatan mengenai 'urat kaki pintal' yang disiarkan dalam mymetro online..info ini sipi-sipi ada kaitannya gak dengan mak kawan saya..saya pernah tengok kat kakinya ada segumpal urat-urat kecil timbul membentuk rupa seakan bunga yang berkembang..sebenarnya saya ngeri tengok tapi timbul gak tanda tanya sebab apa jadi begitu..so, dengan tak sengaja hari ini saya terjumpa info berkaitannya..nak tahu dengan lebih lanjut jom la kita dalami info kat bawah ni:-

(dipetik dari Harian Metro Ahad, 3 Julai 2011 secara online)


PERHATIAN kepada kaum wanita terutama ibu hamil. Cuba perhatikan belakang betis anda ada atau tidak urat kaki berpintal berwarna hijau yang timbul. Jika ada anda mungkin mengalami vena varikos.

Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah dalam vena yang terlalu tinggi menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang gelembung dan berpintal.

Biasanya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) sama ada di sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada paha dan kaki atau pangkal paha hingga ke buku lali.
Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil 'telangectasis'. Biasanya vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di satu atau kedua-dua belah kaki.

Menurut Pakar Bedah dan Laparoscopy Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Jonah Azariah, perkataan varikos diambil daripada perkataan Latin bermakna “pintal” yang memberi gambaran vena yang berpintal dan bergelembung. “Penyakit vena varikos biasanya tidak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan. Apabila tidak dijaga, tekanan darah dalam vena akan meningkat menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.

“Proses ini secara tidak langsung mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan disebabkan darah yang tertinggal mengandungi karbon dioksida dan racun tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah,” ujarnya sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Tambahnya, vena varikos biasanya tidak sakit dan ia tidak boleh berjangkit. Pesakit hanya akan mengalaminya selepas melahirkan anak kedua mahupun ketiga dan jarang dialami bagi mereka yang hamil sulung.

“Ia boleh dielakkan dengan menjalani hidup sihat seperti banyakkan bersenam dan menjauhi rokok. Berdiri terlalu lama juga antara punca utama berlakunya vena varikos apatah lagi yang bekerja sebagai jurujual dan sebagainya.
“Kepada individu terutama yang bidang pekerjaannya memerlukan mereka berdiri dalam tempoh agak lama dinasihatkan supaya memakai stokin khas yang boleh memberi kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena,” jelasnya.

Prosedur mengesan vena varikos

Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dengan pesakit dalam keadaan berdiri, untuk pastikan jika pesakit menghidapi vena varikos. Meskipun tidak sukar untuk mengenal pasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal bagi memastikan kedudukan injap yang rosak.Pemeriksaan doppler membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki. Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.
Manakala pemeriksaan Venografi pula menggunakan x-ray selepas vena kaki dimasukkan cecair kontras yang jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku dan thrombophlebitis.

Punca

l Keturunan - keadaan semula jadi kerana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
l Umur - mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur antara 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca daripada pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
l Berdiri terlalu lama - ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera, polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
l Gemuk berlebihan -perut yang boroi menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
l Kehamilan - Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung serta kesan hormon oestrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
l Trauma kecederaan - membabitkan vena, terutama pada kaki.
l Darah beku dalam vena - ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
l Penyakit - penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena seperti penyakit hati, lemah jantung dan masalah air dalam perut (ascitis)

Antara simptom sering dilaporkan

l Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit.
l Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama.
l Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
l Buku lali bengkak.
l Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam.
l Kulit menjadi nipis dan kering.
l Keradangan.
l Ulser (peringkat akhir).
l Pendarahan (peringkat akhir).
l Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah).
l Kudis pada buku lali sukar baik.
l Rasa gatal di sekitar vena yang terbabit.

Prosedur Rawatan Lanjut

Untuk kes vena varikos yang teruk, berkomplikasi atau atas sebab kosmetik (akibat rupa kulit kaki yang hodoh) terdapat beberapa prosedur berikut yang boleh dilakukan oleh doktor.
1. Sclerotherapy: Doktor akan menyuntik ubatan cecair khas bertujuan mematikan vena yang bermasalah, Ini berkesan sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul. Kesilapan suntikan boleh menyebabkan kesakitan yang amat dan menghasilkan kudis (ulser) yang sukar sembuh.
2. Rawatan cahaya laser: Ini digunakan untuk merawat telangiectasis dan vena varikos yang kecil di bahagian muka atau kaki.
3. Rawatan photoderm: Rawatan ini menggunakan katheter yang dimasukkan ke dalam saluran vena. Alat khas di hujung katheter akan mengeluarkan haba panas yang mematikan vena yang bermasalah.
4. Stripping: Prosedur ini menggunakan wayar panjang khas yang dimasukkan ke dalam vena saphenous dari buku lali ke pangkal paha, dan kemudiannya ditarik keluar kesemua vena terbabit.
5. High ligation: Pembedahan ini dilakukan pada pangkal paha di mana vena saphenous diikat dan sambungan antara vena femoral dan vena saphenous diputuskan.
6. Avulsion: Melalui beberapa pembedahan kecil di kulit kaki, vena varikos ditarik keluar sedikit demi sedikit sehingga tiada benjolan vena varikos yang ketara. Selalunya pembedahan ini ditambah prosedur ‘high ligation’ untuk mendapat hasil rawatan yang lebih berkesan.

Urat berpintal di bahagian pelipat kaki

Urat bersimpul di bahagian betis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...