Sunday, September 18, 2011

Berjemur dedah diri pada risiko kanser




Trend menggelapkan kulit sudah semakin diminati ramai. Malah semakin ramai remaja wanita di negara-negara Eropah dan Amerika gemar berjemur di tepi pantai agar kulit kelihatan lebih menarik dengan warna lebih gelap. Padahal, jika tidak dibatasi sinar ultra lembayung berlebihan pada kulit boleh menyebabkan kanser kulit.

Akademi Dermatologi Amerika telah menyelidik seramai 3,800 orang responden remaja perempuan yang berkulit cerah berusia antara 14 hingga 22 tahun. Hasilnya, mereka cuba mendapatkan kulit yang dengan terus berada di bawah sinar matahari atau ke kedai / premis yang menyediakan perkhidmatan menggelapkan kulit, atau menggunakan kedua-dua cara ini.

Berikut, adalah kesimpulan yang didapati daripada hasil penyelidikan yang dilakukan pada tahun lalu:

  • Sebanyak 32 responden telah menggunakan kemudahan menggelapkan kulit pada tahun lalu.
  • Sejumlah 81 peratus daripada mereka sering berjemur di luar ruangan secara rutin.
  • Hampir sebahagiannya, iaitu sejumlah 42 peratus daripada mereka melakukannya di premis atau kedai yang mempunyai kemudahan lebih baik berbanding berjemur.
  • Hampir 66 peratus responden berfikir mereka kelihatan lebih menarik dengan kulit yang lebih gelap, manakala 87 peratus remaja yang melakukannya berkongsi pendapat yang serupa.
  • Remaja perempuan yang menggelapkan kulit di kedai mengakui mereka melakukannya kerana mengikut ibu bapa masing-masing yang turut menggelapkan kulit.
Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Julai 2011)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...