Saturday, December 28, 2013

WELCOME 2014!!!

Assalamualaikum semua..

Sedar tak sedar 2013 dah pon nak meninggalkan kita..apa je yang aku buat untuk tahun ni??? Hmmm nak review semua malas pula rasanye..macam-macam rasa, cabaran, dugaan & pengalaman yang aku dapat sepanjang tahun 2013..yang buruk tinggalkan je kot guna yang baik je,hehehe..

Aku suka angka ganjil jadi aku cintai tahun ni sebab 2013 adanya no 3..tapi no 3 ni macam tak suka aku je sebab ada perkara yang cam xserasi untuk aku tahun ni,huhuhu(tak leh citer yer,ahakk)..xpe lupakn hal no 3 kita raikan no 4 lak ye..

Welcome 2014!!! All the best for me next year..insyaAllah jika umur panjang aku akan belajar mendidik diri ini supaya lebih dekat kepada penciptaku~ Amin. (doakan aku dapat memenuhi impian ini ye kawan-kawan)



Sekian dahulu dari aku seorang blogger yang amat jarang sekali berbicara di sini kerana MALAS (banyak kerja,masa suntuk,wuwuwu)..v(^^,)v

Friday, September 20, 2013

Pesanan Nabi Kita (",)

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Tiga perkara sesiapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindungi di bawah naungan-Nya dan Allah akan memberi rahmat kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga iaitu orang-orang yang apabila diberi sesuatu nikmat, dia bersyukur dan apabila dia berkuasa membalas tetapi dia memaafkan dan apabila dia marah dia menahan kemarahannya. "

Riwayat Bukhari dan Muslim



Kerinduan Melampau (T-T)

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan,

Sudah terlalu lama menyepi tanpa sebarang entri sejak kebelakangan ini..sibuk terlampau nampaknya diriku,huhu..almaklumla sibuk bekerja (tak baik kan??)..dunia dunia dunia semuanya hahahaha..

Sesekali dapat menjengah ke ruangan ku ini jadi rindu pula nak menulis kembali. Mudah-mudahan Ya Allah dengan izin-MU aku dapat meneruskan minatku ini..

Buat kawan-kawan jika saya sempat mencoret sesuatu di sini, sudi-sudikan diri anda membacanya,hehe..Rinduuuuuu sangat pada blog ku ini,uuwaaaaaaaa(T-T)..

Sekian...






Tuesday, February 26, 2013

Jadilah Kita Orang yang Beriman kepada Allah s.w.t!!!

Salam semua..sekali lagi saya ingin menyambung sabda Rasulullah s.a.w, junjungan besar Nabi kita untuk seluruh umat Islam di atas dunia ini (^^,)v

Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesiapa yang diberi suatu kebaikan handaklah dia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya dia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi dia diangganp sebagai kufur nikmat."
(Riwayat At-Tabrani)

" Orang yang dianggap paling bersyukur kepada Allah ialah orang yang paling banyak berterima kasih kepada manusia."
(Riwayat Ahmad)

" Sesungguhnya Allah Taala itu cantik, sukakan keindahan dan suka melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta Allah benci kepada kesusahan dan bala bencana."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Wednesday, February 20, 2013

Rasulullah S.A.W bersabda

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Riwayat Abu Hurairah/ Shahih Muslim)

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji."
(Riwayat Ahmad)

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya."
(Riwayat Muttafaq 'Alaih)

Tuesday, February 19, 2013

Amalan Harian

Salam semua,

Sudah agak lama saya tidak berceloteh di ruangan sendiri,hehe..sebelum tu saya ingin mendoakan kepada semua pembaca di ruangan ini, "semoga Allah merahmati kehidupan kita seharian dan semoga dosa-dosa kita diampunkan-Nya, semoga juga Allah memakbulkan doa hamba-hambanya yang sentiasa berdoa dengan bersungguh-sungguh kepadanya~Amin.."

Dalam kehidupan ini segalanya perlu dilakukan ikhlas kerana Allah. Semua yang ingin dilakukan bermula dengan niat yang suci kerana Allah ta a'la..salah niat maka terpesong la keberkatan yang sepatutnya kita perolehi dari-Nya..(^^,)

Di samping saya sendiri sering menulis maklumat berkaitan Islam untuk panduan kawan-kawan, saya juga sebenarnya masih mendalami maksud setiap yang dipaparkan..semoga dengan izin-Nya kita akan sama-sama mendapat manfaatnya..InsyaAllah(^^,)

"Sesungguhnya Islam itu Indah dan akan sentiasa Indah sehingga ke penghujung-Nya"

Monday, February 18, 2013

3 Golongan Terawal Diseret ke Neraka

Sangat mengejutkan apabila Rasulullah mengkhabarkan tentang tiga golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apa kesalahan mereka?

Ilmuwan: Menyampaikan sumbangan agar dipandang sebagai cendekiawan.

Dermawan: Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.

Syahid: Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Muhasabah
Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang dilakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu.



Sumber: Solusi Isu 51 Jan/2013

Thursday, February 14, 2013

Sabda Rasulullah SAW

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Ada lima kewajipan bagi seorang Muslim terhadap saudaranya yang Muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiringi jenazah."
(Riwayat Abu Hurairah, Shahih Muslim)

Seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

"Islam manakah yang paling baik?"

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Memberikan makanan, mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenali."
(Riwayat Abdullah bin Amru, Shahih Muslim)

Sunday, January 6, 2013

WELCOME 2013!!!!

WAHHHHHH...Kejap aje dah masuk tahun baru, sungguhku tak sangka..takde azam pape pon, cukupla kerja kerana Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...