Thursday, September 15, 2011

Aku boleh SABAR tak???

Assalamualaikum semua..moga semuanya sihat sejahtera..agak lama gak la saya mendiamkan diri dari dunia penulisan blog ni,huhu..bukan merajuk tapi sibukla dengan macam-macam hal yang serabutkan kepala saya sampai takde 'mood' nak mengarang entri baru..hidup ni memang perlu fikir macam-macam kan?? Kalau tak sabar boleh ke kita hadapinya dengan tabah tanpa jadi GILA??/ toink toink toink..hehe..sapa nak jadi gila??saya tak nak..

Ok la..merujuk tajuk kat atas..saya sebenarnya mahu ceritakan tentang betapa saya bersabar membuat dan menjalani setiap masalah saya dengan tekun dan sabar..huhu..akhirnya berkat sabar, semuanya siap dan dapat kurangkan sikit beban fikiran saya...APAKAH SABAR SEBENARNYA?? Jom kita fahaminya bersama-sama:

" Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia."



  • Ringkasan dari segi makna

Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Fikrah kesabaran boleh diambil i’brah sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah ini tanpa hala tujuan dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.
Sebenarnya Allah hendak membuktikan setiap makhluk yang Allah ciptakan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang boleh kita peroleh sebagai manfaat. Sifat ini juga dalam masa yang sama dapat memenjarakan ketaatan kita kepada Allah. Kenyataan ini dapat diterangkan seperti berlakunya sesuatu musibah atau ujian yang berat bagi kita, tanpa berdalih kita mesti berbalik kepada Allah yang mana dari setiap yang berlaku semuanya dari Allah Azza wa Jalla.

JADI KAWAN-KAWAN..AYUH SEMUA KITA BANYAKKAN BERSABAR DALAM MENGHADAPI APA JUA CABARAN DAN DUGAAN DALAM HIDUP!!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...