Sunday, July 3, 2011

Urat kaki pintal

Apakah perkaitannya entri ini dengan saya ye?? Begini..sebenarnya saya tertarik dengan info kesihatan mengenai 'urat kaki pintal' yang disiarkan dalam mymetro online..info ini sipi-sipi ada kaitannya gak dengan mak kawan saya..saya pernah tengok kat kakinya ada segumpal urat-urat kecil timbul membentuk rupa seakan bunga yang berkembang..sebenarnya saya ngeri tengok tapi timbul gak tanda tanya sebab apa jadi begitu..so, dengan tak sengaja hari ini saya terjumpa info berkaitannya..nak tahu dengan lebih lanjut jom la kita dalami info kat bawah ni:-

(dipetik dari Harian Metro Ahad, 3 Julai 2011 secara online)


PERHATIAN kepada kaum wanita terutama ibu hamil. Cuba perhatikan belakang betis anda ada atau tidak urat kaki berpintal berwarna hijau yang timbul. Jika ada anda mungkin mengalami vena varikos.

Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah dalam vena yang terlalu tinggi menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang gelembung dan berpintal.

Biasanya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) sama ada di sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada paha dan kaki atau pangkal paha hingga ke buku lali.
Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil 'telangectasis'. Biasanya vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di satu atau kedua-dua belah kaki.

Menurut Pakar Bedah dan Laparoscopy Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Jonah Azariah, perkataan varikos diambil daripada perkataan Latin bermakna “pintal” yang memberi gambaran vena yang berpintal dan bergelembung. “Penyakit vena varikos biasanya tidak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan. Apabila tidak dijaga, tekanan darah dalam vena akan meningkat menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.

“Proses ini secara tidak langsung mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan disebabkan darah yang tertinggal mengandungi karbon dioksida dan racun tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah,” ujarnya sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Tambahnya, vena varikos biasanya tidak sakit dan ia tidak boleh berjangkit. Pesakit hanya akan mengalaminya selepas melahirkan anak kedua mahupun ketiga dan jarang dialami bagi mereka yang hamil sulung.

“Ia boleh dielakkan dengan menjalani hidup sihat seperti banyakkan bersenam dan menjauhi rokok. Berdiri terlalu lama juga antara punca utama berlakunya vena varikos apatah lagi yang bekerja sebagai jurujual dan sebagainya.
“Kepada individu terutama yang bidang pekerjaannya memerlukan mereka berdiri dalam tempoh agak lama dinasihatkan supaya memakai stokin khas yang boleh memberi kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena,” jelasnya.

Prosedur mengesan vena varikos

Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dengan pesakit dalam keadaan berdiri, untuk pastikan jika pesakit menghidapi vena varikos. Meskipun tidak sukar untuk mengenal pasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal bagi memastikan kedudukan injap yang rosak.Pemeriksaan doppler membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki. Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.
Manakala pemeriksaan Venografi pula menggunakan x-ray selepas vena kaki dimasukkan cecair kontras yang jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku dan thrombophlebitis.

Punca

l Keturunan - keadaan semula jadi kerana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
l Umur - mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur antara 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca daripada pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
l Berdiri terlalu lama - ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera, polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
l Gemuk berlebihan -perut yang boroi menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
l Kehamilan - Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung serta kesan hormon oestrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
l Trauma kecederaan - membabitkan vena, terutama pada kaki.
l Darah beku dalam vena - ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
l Penyakit - penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena seperti penyakit hati, lemah jantung dan masalah air dalam perut (ascitis)

Antara simptom sering dilaporkan

l Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit.
l Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama.
l Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
l Buku lali bengkak.
l Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam.
l Kulit menjadi nipis dan kering.
l Keradangan.
l Ulser (peringkat akhir).
l Pendarahan (peringkat akhir).
l Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah).
l Kudis pada buku lali sukar baik.
l Rasa gatal di sekitar vena yang terbabit.

Prosedur Rawatan Lanjut

Untuk kes vena varikos yang teruk, berkomplikasi atau atas sebab kosmetik (akibat rupa kulit kaki yang hodoh) terdapat beberapa prosedur berikut yang boleh dilakukan oleh doktor.
1. Sclerotherapy: Doktor akan menyuntik ubatan cecair khas bertujuan mematikan vena yang bermasalah, Ini berkesan sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul. Kesilapan suntikan boleh menyebabkan kesakitan yang amat dan menghasilkan kudis (ulser) yang sukar sembuh.
2. Rawatan cahaya laser: Ini digunakan untuk merawat telangiectasis dan vena varikos yang kecil di bahagian muka atau kaki.
3. Rawatan photoderm: Rawatan ini menggunakan katheter yang dimasukkan ke dalam saluran vena. Alat khas di hujung katheter akan mengeluarkan haba panas yang mematikan vena yang bermasalah.
4. Stripping: Prosedur ini menggunakan wayar panjang khas yang dimasukkan ke dalam vena saphenous dari buku lali ke pangkal paha, dan kemudiannya ditarik keluar kesemua vena terbabit.
5. High ligation: Pembedahan ini dilakukan pada pangkal paha di mana vena saphenous diikat dan sambungan antara vena femoral dan vena saphenous diputuskan.
6. Avulsion: Melalui beberapa pembedahan kecil di kulit kaki, vena varikos ditarik keluar sedikit demi sedikit sehingga tiada benjolan vena varikos yang ketara. Selalunya pembedahan ini ditambah prosedur ‘high ligation’ untuk mendapat hasil rawatan yang lebih berkesan.

Urat berpintal di bahagian pelipat kaki

Urat bersimpul di bahagian betis

2 comments:

RedVixen said...

aku penah we jadi gini... pastu tok aku urut... sakit nak mampus... pastu dah ok... :)

Annerfyoes said...

ish3..ptut kuat tendang orang,hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...