Monday, May 23, 2011

Peranan Pemimpin atas Bumi ini

Seperti yang pernah saya janjikan dalam entri sebelum ni..saya ada nak berkongsi mengenai 'Peranan Pemimpin' kan..jadi hari ni baru berkesempatan nak kongsi,huhu..tapi sebelum tu saya cakap terus-terangla ye..nak karang sendiri ayat, saya bukanlah pengarang novel ke majalah ke leh buat ayat panjang-panjang dan puitis..jadi sayapon adalah sikit meng'copy' ayat dari artikel-artikel lain yang saya jumpa dan 'edit' semula untuk dijadikan penulisan saya sendiri..haishhh, jomla baca (nanti panjang lagi i melalut,huhu)...

Bermulalah....


DALAM hubungan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, seperkara yang perlu kita ingat ialah sebagai insan atau makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah, kita memikul dua amanah yang penting. Pertama, amanah sebagai hamba Allah yang dituntut supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya.

Kedua, amanah sebagai khalifah di muka bumi yang diberi peranan untuk membangunkan insan dan alam berpandu kepada syariat Allah SWT dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati bersama.
Dalam konteks pembangunan dan memakmurkan negara, amanah untuk menguruskan dan mentadbir negara terpikul di bahu para pemimpin yang pada dasarnya mempunyai tiga peranan utama iaitu:

i. Mewujudkan suasana aman dan damai (mengelakkan rasa takut dan cemas bagi setiap penduduknya).
ii. Mewujudkan kemakmuran dan keluasan rezeki dalam penghidupan (rakyat dalam keadaan sihat jasmani dan rohani).
iii. Melahirkan manusia-manusia yang baik dan berakhlak mulia.

Dengan penjelasan demikian, peranan dan tanggungjawab seseorang pemimpin itu sebenarnya amat besar dan dirasakan amat berat. Oleh itu sebagai seorang pemimpin sama ada terhadap diri dan keluarga apatah lagi jika memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan tersebut malah meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas sesudah beriman kepada Allah dan Rasul.

Jom kita hayati juga salah satu dari sabda nabi ni:

Nabi bersabda :
Pemimpin yang adil Allah melindunginya di bawah nauganNya) Al Bukhari: 423,Muslim:1031
Bertapa besarnya balasan Allah kepada pemimpin yang adil. Oleh itu, nasihat saya jadilah kita seorang pemimpin yang betul-betul pemimpin ye kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dan semuala (tak larat nak taip banyak-banyak,huhu)..;p
Ini hanya sekadar perkongsian kecil dari saya..sebab saya tahu banyak lagi artikel berkaitan pemimpin dikarang oleh penulis lain untuk tatapan kita sebagai umat Islam atas dunia ini..yang penting samaada kita nak baca, hayati dan dalami maknanya untuk diri kita atau tidak je..=>
Selamat Membaca!!!

2 comments:

baby elepent said...

bgus ..truskn usaha :) ptt dijadikn ilmu bguna :)

Annerfyoes said...

beres bos,hehehe..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...