Tuesday, November 1, 2011

COUNTDOWN TO RAYA AIDILADHA 2011

Rupanya tanpa disedari, perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri. Ya, setiap yang berlaku PASTI ada hikmahnya. Hendak tahu apakah di antara hikmahnya?

TIADA JUALAN MURAH

TIADA LAGU RAYA

TIADA RANCANGAN KHAS DI TELEVISYEN

TIADA MERCUN DAN PANJUT MENGHIAS MALAM

SEGALANYA TIADA...

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah TAKBIR..di menara masjid, di surau-surau, dan di sesetengah rumah. ITU SAHAJA??? Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Suatu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya takbir, solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, dan bukannya hari melakar dosa..


Sumber: Al-Islah IPG-KSM (Oktober, volume 2)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...