Tuesday, November 1, 2011

Amalan utama 10 Zulhijjah!!!

Bersempena dengan masuknya kita ke dalam bulan Islam iaitu bulan Zulhijjah, marilah kita bersama-sama melakukan apa yang sepatutnya kita kerjakan di dalam bulan ini..salah satu bulan islam yang kaya dengan setiap amalan dan manfaatnya kepada kita sebagai umat Islam;

a) ZIKIR : iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akhbar (dari tak buat papekan, baik zikir (^^,))


b) BERPUASA : amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Haji Arafah (9 Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

c) MELAKUKAN LAIN-LAIN AMALAN : seperti bersedekah, membaca Al-quran, solat sunat dan lain-lain. Ini semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) MENJAUHI MAKSIAT : dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

e) BERTAKBIR : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.

f) BERKORBAN : ertinya: "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Untuk makluman rakan-rakan saya berkongsi info ini dengan anda semua supaya kita bersama-sama mendapat manfaat darinya..biar sama-sama dapat pahala yang berlipat kali ganda..Wallahua'lam..

SUMBER: Al-Islah IPG-KSM (oktober, volume 2)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...