Thursday, August 11, 2011

Perempuan vs Haid

Salam semua..apakah maksud tajuk entri ni ye?? Nak tau tak..kalau nak tau layan la entri ni..lumrah alam kan, semua orang tahu perempuan normal akan datang HAID tiap-tiap bulan..jadi apakah masalah sebenarnya?? Hmm..begini ye kawan-kawan, kalau bulan biasa rasenya tak de masalah kot berkaitan HAID ni tapi bila masuk je bulan Ramadhan banyakla orang yang mula timbul tanda soal mengenai itula mengenai inila berkaitan HAID di bulan umat Islam ni..huhu..jadi saya rasa nak la tulis entri berkaitan ni walaupun ada banyak je tentang info ni di blog-blog lain..tu kat blog lain kan..sayapon nak gak tulis mengenainya sendiri,hehehe...tulis di BLOG saya "Islam itu Peganganku"...

Antara persoalan yang perempuan sering tanya ialah:

1. Apakah kedudukan puasa bagi wanita yang telah kekeringan haid pada waktu malam bulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar?


Jawapan.

Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
  4. Dilaksanakan pada waktunya
Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.

Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.

Wallahu A'lam. (sumber:http://soaljawab.jais.gov.my/)

2. Hukum wanita mengambil pil penahan haid pada bulan Ramadhan.

Hukum wanita mengambil pil penahan haid,adalah harus pada bulan ramadhan dgn niat nak puasa penuh.. tetapi,kalau boleh janganlah melawan fitrah yang Allah jadikan.. lagipun,pil tu sebaiknya ambil ketika perlu.. dibimbangi kesan buruk pd kesihatan..

Semasa haji perpisahan (Hajjatul-Wada’), Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- masuk ...bertemu ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- dan baginda melihat beliau sedang menangis. Ketika itu ‘Aisyah telah pun berihram umrah. Baginda bertanya; “Kenapa engkau menangis? Barangkali engkau kedatangan haid?”. Jawab ‘Aisyah; “Ya”. Lalu baginda berkata; “Ini (yakni kedatangan haid) adalah suatu ketetapan Allah untuk anak-anak perempuan Adam”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu-).


3. Amalan untuk wanita yang sedang haid di bulan ramadhan.


Semua ibadah boleh dilakukan kecuali solat, puasa, thawaf dan hubungan suami isteri. Para ulama beda pendapat tentang berdiam di masjid dan tadarus Al-Quran. Tapi yang lain boleh seperti zikir, doa , shalawat. Selain itu juga kita boleh mendengarkan CD atau kaset kajian kitab ulama. Kita boleh melantunkan ayat-ayat  Al Qur'an yang kita sudah hafal, tanpa memegang mushaf nya, kerana untuk memegang mushaf tidak boleh (Insya Allah pendapat yang sohih).


Sekian dahulu penulisan saya pada hari ini..mudah-mudahan ianya berguna kepada rakan-rakan semua dan anda-anda di luar sana,hehehe..SELAMAT MEMBACA!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...