Monday, August 8, 2011

Jalan-jalan Joliiii!!!!

Salam dan apa khabar semua..setelah beberapa hari tidak meng'update'kan entri baru hari ni tetiba lak rasa rajin nak menulis,hehe..kisahnya adalah berkenaan "JALAN-JALAN JOLI"..apa maksudnya ya???hmmmm..begini sebenarnya, hujung minggu lepas iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, saya dan sahabat saya iaitu Thiah dan Izzati telah merantaukan diri ke,jeng jeng jeng..:

Tentatif program

Jumaat
- pergi merantau di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang (hujung kelantan ni,huhu)
- buka puasa di rumah Raena..sahabat kitaorang gak..
- menginap untuk semalaman ini juga di rumah Raena (nasib dia sudi terima kehadiran kami,chewah)

Sabtu
- dah berehat semalam kami pon nak bertolak balik la pagi sabtu ni tapi sebelum tu sempat lagi singgah
  di Kota Bharu dulu, cari-cari baju raya kot jumpa (aku je yang beli orang lain tak berkenan)
- habis 'shopping'..balik semula ke BESUT..

Begitulah program yang berlangsung selama dua hari berkenaan..kira kami ni macam dah jalan-jalan pusing kelantan la..dari BESUT (sempadan Terengganu) ke PENGKALAN KUBOR (sempadan Thailand)..bestnye hanya kami yang dapat..penatnye pon kami gak yang rasa,hehehe..pengalaman ni lagipun kami dah nak berpisah tak lama lagi (habis belajar tahun ni)..huhu sedih gak rasanya..emm tak pe la jomla layan gambar sikit-sikit..


  
Set-set ni kita boleh perolehi di Pengkalan Kubor dengan harga yang murah



Seluar jean lelaki dan perempuan boleh dicari di Rantau Panjang


    
Baju raya boleh dibeli di Kota Bharu (banyak pilihan tapi jalan selalu 'jamm')

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...