Wednesday, December 7, 2011

MANDI air mata..

Assalamualaikum semua..hari ni diriku bersama mamaku telah pergi menonton filem OMBAK RINDU yang tengah HOT sekarang..best bangatttt citernya..meleleh-leleh air mata penonton (ini tidak termasuk aku yer, coz di sebelahku ada budak pengacau)..kalau ikutkan mestila aku pon akan menangis semasa tonton citer ni sebab best dan memang feelinggg habiss la melayannya..tapi x jadi nak nangis sebab budak yang dok sebelah aku begitu mengganggu..macam2 dia buat, goyang kerusi, makan popcorn++air pepsi (dah la x pelawa aku makan sekali,huhu) pastu siap duk sembang2 dengan abang dia lagi..habis hilang feeling aku,wuwuwu..

Tapi walau camne pon citer OMBAK RINDU memang tak rugi di tonton sebab tayangannya pon lama lebih kurang 2 jam..kira bayar mahal2 pon xpe..berbaloi orang kata,weeeeee..citernya pon best sama cam novel gak..syabas kepada pengarahnya(^^,)..kat bawah ni aku ada kongsi sedikit sinopsis citernya buat tatapan rakan-rakan..kalau berminat pergila menontonnya ye...tak terkira bintang aku bagi kat filem ni..PEACE!!!

SINOPSIS OMBAK RINDU:


Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures
OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
mk1 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
mk3 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
JULIA ZIEGLER

2 comments:

cikpinky said...

hihi....bg bella, cite ni xbest sgt...xkua2 air mata..xcam mase tgk Lagenda Budak Setan dulu :P

Annerfyoes said...

kak n pon xnangis gak..mak kak n je,hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...