Sunday, October 16, 2011

Hati-hati bila MENEGUR!!!

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian..setelah beberapa hari rasa malas nak update entri baru, hari ni datang mood baik untuk menulis kembali..tajuk entri ni juga adalah berkaitan dengan 'SAHABAT'..entri ni juga berkaitan dengan dua entri sebelum ni klik sini dan di sini juga (silalah baca kalau anda belum membcanya,hehe..) 

Seakrab mana pun hubungan antara kamu dengan sahabat, kamu perlu tahu batas-batas penggunaan bahasa yang tertentu. Lebih-lebih lagi sewaktu ingin menegur sahabat tentang perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban seperti masalah bau badan/mulut, gaya berpakaian, cara makan dan sebagainya. Sebaiknya berhati-hatilah sewaktu ingin menegurnya..jangan suka-suki kita je nak tegur ikut cara yang disukai..so, jom baca tips yang saya mau kongsi ni..

1. Jika ingin menegur tentang perkara-perkara agak sensitif tentang diri sahabat, seharusnya kamu memberi teguran itu secara sembunyi dan bukan secara terang-terangan. Ini penting untuk menjaga air mukanya. Contohnya guna 'surat' dll lagi yang sesuaila ye..


2. Jika sahabatmu memiliki masalah bau badan, mungkin kamu boleh mengambil inisiatif untuk membantu sahabat dengan cara menghadiahkannya satu semburan badan yang sesuai buat dirinya. Mungkin cara ini agak simbolik, tapi sekurang-kurangnya boleh memberi isyarat kepada sahabat secara halus. Contohnya bagi perfume 'Impulse' ke..


3. Selain itu kamu boleh juga mencuba dengan cara memberi cadangan. Sebagai contoh;
i) "Kamu pasti kelihatan lebih cantik jika berpakaian sedemikian".
ii) "Bau semburan badan ini memang sesuai untuk kamu".
iii) "Jom kita sama-sama mencuba produk semburan badan seperti yang baru diiklankan di TV tu".


4. Sewaktu keluar membeli belah bersama-sama, ambil kesempatan tersebut untuk membawa sahabat membeli barangan yang perlu ada buat dirinya seperti cecair kumuhan untuk nafas segar, deodoran, bedak, pakaian-pakaian tertentu dan sebagainya. Kamu tegaskan kepadanya bahawa setiap orang perlu memilikinya agar berkeperibadian lebih meyakinkan. Tekankan kepadanya bahawa kamu juga memerlukan produk-produk sedemikian. Jadi, tidaklah si sahabat berasa hati!!!


SEKIAN DAHULU DARI SAYA UNTUK ENTRI KALI INI..(^^,) SELAMAT MEMBACA!!!!!!

5 comments:

Iwanski said...

Hep!! suke hati tegur..

Annerfyoes said...

hahaha..tgur utk kbaikn la..;p

Srikandi permata said...

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
*pentingnya menegur dgn cara yang baik..
Teruskanlah menulis wahai kakakku syg..
moga Allah merahmati kamu.

cikpinky said...

mcm pnh bce ni.hehe

Annerfyoes said...

cik pinky:pernah bca kt mna tu??hehe..mmg prnah bca kot..info ni kak n amek dari mjalah remaja thun 2007..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...