Showing posts with label INFO ISLAM. Show all posts
Showing posts with label INFO ISLAM. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Pesanan Nabi Kita (",)

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Tiga perkara sesiapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindungi di bawah naungan-Nya dan Allah akan memberi rahmat kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga iaitu orang-orang yang apabila diberi sesuatu nikmat, dia bersyukur dan apabila dia berkuasa membalas tetapi dia memaafkan dan apabila dia marah dia menahan kemarahannya. "

Riwayat Bukhari dan Muslim



Tuesday, February 26, 2013

Jadilah Kita Orang yang Beriman kepada Allah s.w.t!!!

Salam semua..sekali lagi saya ingin menyambung sabda Rasulullah s.a.w, junjungan besar Nabi kita untuk seluruh umat Islam di atas dunia ini (^^,)v

Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesiapa yang diberi suatu kebaikan handaklah dia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya dia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi dia diangganp sebagai kufur nikmat."
(Riwayat At-Tabrani)

" Orang yang dianggap paling bersyukur kepada Allah ialah orang yang paling banyak berterima kasih kepada manusia."
(Riwayat Ahmad)

" Sesungguhnya Allah Taala itu cantik, sukakan keindahan dan suka melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta Allah benci kepada kesusahan dan bala bencana."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Wednesday, February 20, 2013

Rasulullah S.A.W bersabda

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Riwayat Abu Hurairah/ Shahih Muslim)

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji."
(Riwayat Ahmad)

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya."
(Riwayat Muttafaq 'Alaih)

Monday, February 18, 2013

3 Golongan Terawal Diseret ke Neraka

Sangat mengejutkan apabila Rasulullah mengkhabarkan tentang tiga golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apa kesalahan mereka?

Ilmuwan: Menyampaikan sumbangan agar dipandang sebagai cendekiawan.

Dermawan: Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.

Syahid: Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Muhasabah
Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang dilakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu.



Sumber: Solusi Isu 51 Jan/2013

Thursday, February 14, 2013

Sabda Rasulullah SAW

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Ada lima kewajipan bagi seorang Muslim terhadap saudaranya yang Muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiringi jenazah."
(Riwayat Abu Hurairah, Shahih Muslim)

Seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

"Islam manakah yang paling baik?"

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Memberikan makanan, mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenali."
(Riwayat Abdullah bin Amru, Shahih Muslim)

Monday, July 16, 2012

Zikir di Setiap Waktu!!!(^^,)



Ketahuilah wahai saudaraku, setiap manusia mempunyai tujuan yang mendasar dalam kehidupannya, sebagai tempat berpijak pemikirannya, untuk mengarahkan seluruh aktivitinya dan menjadi sandaran segala cita-citanya. Itulah yang dinamakan al-mutsulul-a'la 'nilai-nilai utama'. Manakala tujuan itu teguh dan mulia maka akan terpancar darinya perbuatan-perbuatan yang luhur dan terpuji, dan peribadi pelakunya mencerminkan ketinggian jiwa (roh)nya dan sentiasa mengarah kepada kesempurnaan sehingga akan mendapatkan keberuntungan yang ditetapkan untuknya.


Islam hadir untuk memperbaiki peribadi manusia, menyucikannya, dan meninggikannya sampai ke darjat yang sempurna. Islam juga menjelaskan kepada seluruh manusia tujuan utama dan mengarahkan kepada tujuan yang paling mulia. Nilai-nilai tersebut adalah "menjadi sucilah di hadapan Allah Yang Maha Agung" dan ayat Al-Quran menyebutkan, maksudnya:

"Maka bersegeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu." (Adz-Dzariyat: 50)


Maka engkau tahu, wahai saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari Nabi Muhammad SAW berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan. Janganlah hairan bila mendapati kader-kader Ikhwanul Muslimin menjalankan sunnah-sunnah Nabinya, lalu mengikuti jejak beliau, menjaga zikir-zikir tersebut, dan mereka bertaqarrub (mendekatkan diri) dengannya kepada Tuhannya Yang Mulia dan Pengampun. Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." 
(Al-Ahzab: 21)




Thursday, May 3, 2012

Fadhilat mengamalkan Surah Yaasiin (^^)

   

Amalan membaca Surah Yaasiin, khasnya setiap malam Jumaat telah menjadi kelaziman setiap umat Islam, bukan sahaja di Malaysia atau di Nusantara bahkan di seluruh dunia Islam. Ini disebabkan fadhilat dan ganjaran membacanya sangat besar, bagaimana yang disebutkan oleh Hadis-hadis sahih Rasulullah s.a.w.:

- Meringankan azab sakaratul-maut ketika seseorang itu nazak (hampir meninggalkan dunia).
- Mendapat pahala yang besar menyamai pahala membaca sepuluh kali membaca Al-Quran.
- Menghindari bala bencana dan kesusahan dunia akhirat.
- Menjadi perisai dan pelindung pembacanya dari segala keburukan dan kejahatan.
- Menunaikan segala hajat pembacanya.

(Pengertian Hadis-hadis Nabi s.a.w. riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaai, At-Tirmizi, Said bin Mansur dan Al-Baihaqi)

Friday, April 20, 2012

EMPAT PERKARA YANG SANGAT SULIT UNTUK DILAKSANAKAN...

Ali r.a berkata:


"Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf ketika marah.


2. Suka memberi ketika susah.


3. Menjauhi yang haram ketika sunyi.


4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu daripadanya."


Thursday, February 23, 2012

TIP: AMALAN KELUARGA BAHAGIA

Bacalah surah Al-Imran ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah" (nescaya Allah mengasihani kamu) maka niatkan nama suami mahupun isteri dan sambunglah ke ayat seterusnya.

Bacalah surah Al-Hasyr ayat 21 bagi melembutkan hati suami dan anak..

Amalkan membaca surah Thoha dan tiupkan di ubun-ubun suami, isteri atau anak ketika mereka sedang tidur. Ia bukan setakat melembutkan hati pasangan malah mempunyai banyak kebaikan yang lain termasuklah memudahkan orang yang berdolak-dalih melunaskan hutang mereka.

CANTIK DI HATI..



Setelah sekian lama menyepi, saya muncul kembali untuk berkongsi secebis ilmu yang diperolehi dari pembacaan baru-baru ini..semoga ianya bermanfaat untuk kita dalam menjalani kehidupan yang fana ini;
  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
  • Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
  • Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
  • Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
  • Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
  • Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
  • Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
  • Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa beerti.
  • Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
  • Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Sekian dulu untuk kali ini..WALLAHUA'LAM

Sumber: Majalah Mingguan Wanita 24 Feb - 1 Mac 2012

Tuesday, November 1, 2011

Amalan utama 10 Zulhijjah!!!

Bersempena dengan masuknya kita ke dalam bulan Islam iaitu bulan Zulhijjah, marilah kita bersama-sama melakukan apa yang sepatutnya kita kerjakan di dalam bulan ini..salah satu bulan islam yang kaya dengan setiap amalan dan manfaatnya kepada kita sebagai umat Islam;

a) ZIKIR : iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akhbar (dari tak buat papekan, baik zikir (^^,))


b) BERPUASA : amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Haji Arafah (9 Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

c) MELAKUKAN LAIN-LAIN AMALAN : seperti bersedekah, membaca Al-quran, solat sunat dan lain-lain. Ini semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) MENJAUHI MAKSIAT : dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

e) BERTAKBIR : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.

f) BERKORBAN : ertinya: "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Untuk makluman rakan-rakan saya berkongsi info ini dengan anda semua supaya kita bersama-sama mendapat manfaat darinya..biar sama-sama dapat pahala yang berlipat kali ganda..Wallahua'lam..

SUMBER: Al-Islah IPG-KSM (oktober, volume 2)

COUNTDOWN TO RAYA AIDILADHA 2011

Rupanya tanpa disedari, perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri. Ya, setiap yang berlaku PASTI ada hikmahnya. Hendak tahu apakah di antara hikmahnya?

TIADA JUALAN MURAH

TIADA LAGU RAYA

TIADA RANCANGAN KHAS DI TELEVISYEN

TIADA MERCUN DAN PANJUT MENGHIAS MALAM

SEGALANYA TIADA...

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah TAKBIR..di menara masjid, di surau-surau, dan di sesetengah rumah. ITU SAHAJA??? Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Suatu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya takbir, solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, dan bukannya hari melakar dosa..


Sumber: Al-Islah IPG-KSM (Oktober, volume 2)

Tuesday, October 18, 2011

DOA SELAMAT

Assalamualaikum semua kawan-kawanku..hari ni saya sekadar mahu berkongsi seedikit doa dengan anda iaitu 'DOA SELAMAT'...doa ni banyak manfaatnya kepada kita sebagai umat Islam..kita memang akan sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapatkan manfaat dari-Nya..jadi sama-samalah kita menjadikan doa yang saya titipkan ini sebagai salah satu doa dalam banyak-banyak doa dalam kehidupan kita setiap hari..jom baca doa!!!



Sekian dahulu untuk entri kali ini..rajin-rajinlah berdoa ye kawan-kawanku sekalian!!!

Wednesday, September 21, 2011

Jom amalkan DOA bersama-sama!!!

Doa 1


Doa 2


Doa 3


Ini merupakan sebahagian doa yang dapat saya kongsikan dengan anda semua..semoga kita semua dapat beramal dengan-Nya kerana Allah s.w.t....

Tuesday, August 23, 2011

Adakah akan khiamat 2012???

Assalamualaikum semua kawan-kawan..emmm apa kaitan tajuk di atas ye????hmmm...sebenarnya begini..jom kita baca satu petikan yang saya share dari rakan di FB..semua anda semua dapat menilainya sendiri..

" Salam.. sy cuba sekadar berkongsi dgn sahabat2 smua.. maafkan saya admin.. Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam... pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)"




Diharapkan melalui sedikit info ini, umat islam akan sedar dan kembali ke jalan Allah..AMIN!!!!

Sunday, August 14, 2011

Khasiat KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari Syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Thursday, August 11, 2011

Perempuan vs Haid

Salam semua..apakah maksud tajuk entri ni ye?? Nak tau tak..kalau nak tau layan la entri ni..lumrah alam kan, semua orang tahu perempuan normal akan datang HAID tiap-tiap bulan..jadi apakah masalah sebenarnya?? Hmm..begini ye kawan-kawan, kalau bulan biasa rasenya tak de masalah kot berkaitan HAID ni tapi bila masuk je bulan Ramadhan banyakla orang yang mula timbul tanda soal mengenai itula mengenai inila berkaitan HAID di bulan umat Islam ni..huhu..jadi saya rasa nak la tulis entri berkaitan ni walaupun ada banyak je tentang info ni di blog-blog lain..tu kat blog lain kan..sayapon nak gak tulis mengenainya sendiri,hehehe...tulis di BLOG saya "Islam itu Peganganku"...

Antara persoalan yang perempuan sering tanya ialah:

1. Apakah kedudukan puasa bagi wanita yang telah kekeringan haid pada waktu malam bulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar?


Jawapan.

Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
  4. Dilaksanakan pada waktunya
Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.

Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.

Wallahu A'lam. (sumber:http://soaljawab.jais.gov.my/)

2. Hukum wanita mengambil pil penahan haid pada bulan Ramadhan.

Hukum wanita mengambil pil penahan haid,adalah harus pada bulan ramadhan dgn niat nak puasa penuh.. tetapi,kalau boleh janganlah melawan fitrah yang Allah jadikan.. lagipun,pil tu sebaiknya ambil ketika perlu.. dibimbangi kesan buruk pd kesihatan..

Semasa haji perpisahan (Hajjatul-Wada’), Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- masuk ...bertemu ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- dan baginda melihat beliau sedang menangis. Ketika itu ‘Aisyah telah pun berihram umrah. Baginda bertanya; “Kenapa engkau menangis? Barangkali engkau kedatangan haid?”. Jawab ‘Aisyah; “Ya”. Lalu baginda berkata; “Ini (yakni kedatangan haid) adalah suatu ketetapan Allah untuk anak-anak perempuan Adam”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu-).


3. Amalan untuk wanita yang sedang haid di bulan ramadhan.


Semua ibadah boleh dilakukan kecuali solat, puasa, thawaf dan hubungan suami isteri. Para ulama beda pendapat tentang berdiam di masjid dan tadarus Al-Quran. Tapi yang lain boleh seperti zikir, doa , shalawat. Selain itu juga kita boleh mendengarkan CD atau kaset kajian kitab ulama. Kita boleh melantunkan ayat-ayat  Al Qur'an yang kita sudah hafal, tanpa memegang mushaf nya, kerana untuk memegang mushaf tidak boleh (Insya Allah pendapat yang sohih).


Sekian dahulu penulisan saya pada hari ini..mudah-mudahan ianya berguna kepada rakan-rakan semua dan anda-anda di luar sana,hehehe..SELAMAT MEMBACA!!!!

Tuesday, August 2, 2011

Pesanan Ramadhan

Salam Ramadhan semua pembaca entriku..terlebih dahulu saya ingin menyatakan disini bahawa entri kali ini hanya sekadar satu perkongsian bermakna buat kita sesama umat Islam dan makhluk yang dicipta Allah..tambahan pula perkongsian ini berkaitan dengan bulan kita yang mulia bulan umat Nabi Muhammad iaitu Bulan Ramadhan..maklumat ini berguna bagi saya dan juga untuk saya kongsikan dengan anda semua..(^^,).. Jangan salah sangka dan cepat membuat penilaian yang buruk terhadap saya..



Untuk makluman anda..kebetulan je saya terjumpa poster ni semasa tengah mencari gambar foto mutiara kata untuk di sini di dalam blog saya..rasanya tak menjadi satu kesalahan kan..benda baik lebih baik di kongsikan??hehe..

SELAMAT MENGHAYATI DEMI ALLAH!!!!

Fadhilat Bulan Ramadhan

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:
(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.
(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.
(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.
(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan
(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa
(6). Diikatnya syaithan
Amalan bersedekah amalan mulia
Bacalah Al-quran selalu

Monday, August 1, 2011

Tips-tips menghadapi ambang ramadhan

Salam semua kawan-kawanku..memandangkan kita pon memang dah memasuki bulan Ramadhan jadi saya nak berkongsila sedikit tips yang berguna dengan anda semua..jommmm layannnnn:-

1. Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
2. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan.
3. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari Ramadhan.
5. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan.
6. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita.
7. Berdoa supaya kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..AMIN!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...