Friday, July 4, 2014

Kerinduan Ramadhan (^-^)

Bismillah..Alhamdulillah syukur padaNya aku masih di beri kesempatan untuk meraikan Ramadhan lagi pada tahun ini..masuknya Ramadhan bagi tahun 2014 ni beerti masuklah tahun ke-3 aku berpuasa di perantauan sebagai seorang Muslim yang berkelana mencari rezeki di bumi Subang..kalau nak ikut rasa hati berpuasa tanpa keluarga memang perit sekali, yela tatkala orang len berbuka dengan keluarga tapi aku keseorangan sajee,huk huk huk (sedey sekali)..dua tahun sebelum ni bole la tahan juga rasa sedih ni sebab masa tu masih bujang..now I'm already married but still alone here (T-T)..xpela maybe ni dugaan yang aku harus jalani, mudah2an ada yg terbaik tuk aku nanti..

Actually aku ada housemate tpi dia pergi umrah..Alhamdulillah rezeki brpihak kepadanya untuk ke sana sempena Ramadhan ni wit her family..insyaAllah akan sampai msa kite sume juga tuk mengunjungi Mekah ~ Amin..

Rasanye cukupla berceloteh skit2,huhu..memang da terlalu lama mendiam pon tetiba je ari ni rasa nk mencoret-coret di sini,heeee..papai suma..Salam Ramadhan & Selamat Beribadah..

Saturday, December 28, 2013

WELCOME 2014!!!

Assalamualaikum semua..

Sedar tak sedar 2013 dah pon nak meninggalkan kita..apa je yang aku buat untuk tahun ni??? Hmmm nak review semua malas pula rasanye..macam-macam rasa, cabaran, dugaan & pengalaman yang aku dapat sepanjang tahun 2013..yang buruk tinggalkan je kot guna yang baik je,hehehe..

Aku suka angka ganjil jadi aku cintai tahun ni sebab 2013 adanya no 3..tapi no 3 ni macam tak suka aku je sebab ada perkara yang cam xserasi untuk aku tahun ni,huhuhu(tak leh citer yer,ahakk)..xpe lupakn hal no 3 kita raikan no 4 lak ye..

Welcome 2014!!! All the best for me next year..insyaAllah jika umur panjang aku akan belajar mendidik diri ini supaya lebih dekat kepada penciptaku~ Amin. (doakan aku dapat memenuhi impian ini ye kawan-kawan)



Sekian dahulu dari aku seorang blogger yang amat jarang sekali berbicara di sini kerana MALAS (banyak kerja,masa suntuk,wuwuwu)..v(^^,)v

Friday, September 20, 2013

Pesanan Nabi Kita (",)

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Tiga perkara sesiapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindungi di bawah naungan-Nya dan Allah akan memberi rahmat kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga iaitu orang-orang yang apabila diberi sesuatu nikmat, dia bersyukur dan apabila dia berkuasa membalas tetapi dia memaafkan dan apabila dia marah dia menahan kemarahannya. "

Riwayat Bukhari dan Muslim



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...