Monday, July 16, 2012

Zikir di Setiap Waktu!!!(^^,)



Ketahuilah wahai saudaraku, setiap manusia mempunyai tujuan yang mendasar dalam kehidupannya, sebagai tempat berpijak pemikirannya, untuk mengarahkan seluruh aktivitinya dan menjadi sandaran segala cita-citanya. Itulah yang dinamakan al-mutsulul-a'la 'nilai-nilai utama'. Manakala tujuan itu teguh dan mulia maka akan terpancar darinya perbuatan-perbuatan yang luhur dan terpuji, dan peribadi pelakunya mencerminkan ketinggian jiwa (roh)nya dan sentiasa mengarah kepada kesempurnaan sehingga akan mendapatkan keberuntungan yang ditetapkan untuknya.


Islam hadir untuk memperbaiki peribadi manusia, menyucikannya, dan meninggikannya sampai ke darjat yang sempurna. Islam juga menjelaskan kepada seluruh manusia tujuan utama dan mengarahkan kepada tujuan yang paling mulia. Nilai-nilai tersebut adalah "menjadi sucilah di hadapan Allah Yang Maha Agung" dan ayat Al-Quran menyebutkan, maksudnya:

"Maka bersegeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu." (Adz-Dzariyat: 50)


Maka engkau tahu, wahai saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari Nabi Muhammad SAW berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan. Janganlah hairan bila mendapati kader-kader Ikhwanul Muslimin menjalankan sunnah-sunnah Nabinya, lalu mengikuti jejak beliau, menjaga zikir-zikir tersebut, dan mereka bertaqarrub (mendekatkan diri) dengannya kepada Tuhannya Yang Mulia dan Pengampun. Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." 
(Al-Ahzab: 21)




Sunday, July 1, 2012

Bingkisanku..

Assalamualaikum..sudah sekian lama rasanya diri ini tidak mengarang di ruangan yang aku sendiri wujudkan..ntah mengapa aku sendiri kurang pasti..kadang-kadang diri ini mungkin malas nak fikir idea apa tuk dibicarakan dan ada ketikanya aku sendiri takde 'mood' tuk mengarang..suatu ketika dulu semasa masih belajar rasanya lain sangat dengan situasi sekarang yang sudah bekerja..ntah kenapa bila dah bekerja aku rasa jiwaku kosong je..bila la agaknya aku dapat biasakan diri dengan keadaan ini sedangkan aku dah pun bekerja hampir 6 bulan,huhu..yang aku fikir sekarang ialah meneruskan hidup ini selagi bernyawa dan berbakti pada Allah selagi terdaya..semoga aku menemui kegembiraan di jalan Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...