Thursday, February 23, 2012

TIP: AMALAN KELUARGA BAHAGIA

Bacalah surah Al-Imran ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah" (nescaya Allah mengasihani kamu) maka niatkan nama suami mahupun isteri dan sambunglah ke ayat seterusnya.

Bacalah surah Al-Hasyr ayat 21 bagi melembutkan hati suami dan anak..

Amalkan membaca surah Thoha dan tiupkan di ubun-ubun suami, isteri atau anak ketika mereka sedang tidur. Ia bukan setakat melembutkan hati pasangan malah mempunyai banyak kebaikan yang lain termasuklah memudahkan orang yang berdolak-dalih melunaskan hutang mereka.

CANTIK DI HATI..



Setelah sekian lama menyepi, saya muncul kembali untuk berkongsi secebis ilmu yang diperolehi dari pembacaan baru-baru ini..semoga ianya bermanfaat untuk kita dalam menjalani kehidupan yang fana ini;
  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
  • Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
  • Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
  • Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
  • Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
  • Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
  • Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
  • Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa beerti.
  • Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
  • Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Sekian dulu untuk kali ini..WALLAHUA'LAM

Sumber: Majalah Mingguan Wanita 24 Feb - 1 Mac 2012

Saturday, February 11, 2012

Ayatku...sekadar berbicara




Salam semua..sudah agak lama saya berhenti mengarang entri sejak memulakan tugas sebagai pendidik anak bangsa,chewahhh..almaklumla tugas cikgu ni kan sibuk,hehe..tulis cam kerja len tak sibuk je kan..sebenarnya takde benda yang nak dikarangkan tuk tatapan anda, walaupun hakikatnya bersarang macam-macam rasa dan perasaan dalam hati dan kepala yang saya tak mampu nak luah sejak menjadi pendidik anak bangsa ni,huhu..lumrah kehidupan bekerja tidak sama sewaktu belajar dulu..cabarannya terlalu berat untuk saya hadapi  sebagai pendatang baru dalam dunia ini..tapi itulah hakikat yang saya kena pelajari dan hadapi..memang kalau diikutkan tak sanggup nak hadapi dan terima perubahan baru dalam hidup..tapi umur makin meningkat dan masa juga tak akan berhenti untuk menunggu orang-orang seperti saya yang lambat dalam tindakan..oleh itu saya kena sedar,huhu..saya harap saya dapat menempuhi dunia baru ini..DOAKAN SAYA MAMPU MENGHADAPINYA!!!(^^,)

Saya juga sebenarnya tak mampu hidup keseorangan tanpa keluarga di sisi..kesedihan itu hanya Allah yang tahu..dan saya juga tahu Allah telah menjadikan sesuatu itu dengan bersebab..semoga hikmah-Nya adalah yang terbaik Allah tentukan untuk saya..AMIN!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...