Friday, November 11, 2011

Alhamdulillah..umurku masih panjang..


Assalamualaikum semua rakan-rakan di alam mayaku..agak lama saya mendiamkan diri dari penulisan blog ini dan tidak sempat untuk melawat rakan-rakan sekalian kerana terlalu sibuk dengan bermacam-macam hal..harap di maafkan ye,huhu..biasala kan seperti yang kita tahu kita baru je selesai menjalani ibadah korban bagi umat Islam di seluruh dunia melalui sambutan Hari Raya Aidiladha..actually, raya ni saya tak sibuk sangat pon nak buat persediaan kerana tiada emak dan bapa saudara serta sepupu yang pulang beraya..hanya keluarga saya yang terlibat meraikannya,hehehe..jadi sunyi sepi jugalah di pagi raya di rumah saya..tambahan pula hujan rahmat  turun sepanjang hari tersebut(syukur sebenarnya dengan rahmat yang diberi pada hari yang baik bagi umat Islam ni)..disebabkan hujan turun jadi duduklah saya di rumah sahaja..

Oklah bab raya dah pon berlalu jadi cuti pon habisla kan..saya kena pulang semula ke tempat belajar pada hari raya kedua, maka di sinilah bermula di mana timbul keinsafan dalam diri saya kerana terlibat di dalam satu kemalangan kecil yang melibatkan diri saya sendiri..walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku tapi ianya menimbulkan keinsafan dan kesedaran buat saya di atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak selama saya hidup di atas dunia ini (dunia milik Allah swt)..mungkin ada hikmahnya dari kejadian yang Allah berikan kepada saya ini..syukur Alhamdulillah saya masih selamat untuk melakukan ibadat dan diberikan kesempatan untuk bertaubat kepada-Nya ~ Amin

Bumper yang ditanggalkan untuk kerja pembaikan kereta

Proses tarik balik besi tu supaya bonet kereta dapat di tutup

Ni la keadaan kereta saya sekarang..huhu

Saya juga baru lepas menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ni..pada hari rabu dan khamis..saya study kuat gakla tapi bila jawab soalan banyak gak yang reka jawapan sendiri,hihihi..(goreng-goreng kasi hangit itu jawapan)..papepon saya berdoa dan rakan-rakan pon doakanlah saya berjaya dalam peperiksaan untuk kali terakhir ini ye walaupun ada satu lagi paper isnin depan..hehehe..(kena study lagi nampaknya)..

Ok la cukuplah rasanya melibatkan diri dalam dunia merapu pada pagi-pagi yang syahdu ini..nanti rasa nak buat gini lagi saya buatlah,hahahaha...(^^,)v

 


Tuesday, November 1, 2011

Amalan utama 10 Zulhijjah!!!

Bersempena dengan masuknya kita ke dalam bulan Islam iaitu bulan Zulhijjah, marilah kita bersama-sama melakukan apa yang sepatutnya kita kerjakan di dalam bulan ini..salah satu bulan islam yang kaya dengan setiap amalan dan manfaatnya kepada kita sebagai umat Islam;

a) ZIKIR : iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akhbar (dari tak buat papekan, baik zikir (^^,))


b) BERPUASA : amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Haji Arafah (9 Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

c) MELAKUKAN LAIN-LAIN AMALAN : seperti bersedekah, membaca Al-quran, solat sunat dan lain-lain. Ini semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) MENJAUHI MAKSIAT : dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

e) BERTAKBIR : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.

f) BERKORBAN : ertinya: "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Untuk makluman rakan-rakan saya berkongsi info ini dengan anda semua supaya kita bersama-sama mendapat manfaat darinya..biar sama-sama dapat pahala yang berlipat kali ganda..Wallahua'lam..

SUMBER: Al-Islah IPG-KSM (oktober, volume 2)

COUNTDOWN TO RAYA AIDILADHA 2011

Rupanya tanpa disedari, perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri. Ya, setiap yang berlaku PASTI ada hikmahnya. Hendak tahu apakah di antara hikmahnya?

TIADA JUALAN MURAH

TIADA LAGU RAYA

TIADA RANCANGAN KHAS DI TELEVISYEN

TIADA MERCUN DAN PANJUT MENGHIAS MALAM

SEGALANYA TIADA...

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah TAKBIR..di menara masjid, di surau-surau, dan di sesetengah rumah. ITU SAHAJA??? Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Suatu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya takbir, solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, dan bukannya hari melakar dosa..


Sumber: Al-Islah IPG-KSM (Oktober, volume 2)

Kisah Seram!!!

Assalamualaikum semua kawan-kawan..semalam ada terbaca dari satu blog ni berkaitan "kisah seram" yang tengah femes sekarang ni di laman sesawang ni..saya baca agak kusyuk gak la sebab menarik jalan ceritanya hehe..tapi lama-lama rasa seram lak sebab ceritanya berdasarkan cerita betul yang berlaku dalam kehidupan kita..kalau nak rasa sendiri perasaan takut tu baca la ye klik sini (banglo seram rm50)..anda nilai la sendiri ceritanya ye,huhu..

Oleh sebab semua orang ada perasaan takut jadi marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini supaya dapat menjadi lebih berani dengan memohon doa dari Allah s.w.t..


Ni kot banglo yang di katakan seram kat syeksen 2 shah alam tu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...