Saturday, October 29, 2011

Ke mana MENGHILANG!!!!!!

Assalamualaikum semua kawan-kawanku..apa yang menghilang ye??/ Emmmm sebenarnya saya lah yang hilang selama seminggu ni sebab bercuti sempena sambutan Deepavali..walaupun tak meraikannya tapi saya dapat cuti gak sempenanya..terharu rasa,hehe..sebelum-sebelum ni jarang cuti pon tuk sambutan Deepavali tapi  di saat-saat tahun akhir ni (dah nak habis belajar) dapat lak cuti..takpe la kan tu rezeki tuk berehat namanya,hahahaha..(sukanya dapat cuti lama-lama)..saya memang betul-betul rehatla kat rumah sampai tak buat pape langsung..huh!bosan gak benarnya sebab termasuk nak buat entri baru di rumah pon tak mampu disebabkan line tenet slow sangat..tapi takpe la skang dah boleh menaip semula, weeee..ok la setakat ini dahulu ye..sebelum tu nak ucap dulu seperti kat bawah ni;


H A P P Y . D E E P A V A L I - Kolkata, West Bengal

Tuesday, October 18, 2011

Buat adik-adik yang nak SPM tahun ni tu!!!

Assalamualaikum semua..link ni khas buat adik-adik yang nak spm tu..hehe..klik la lihat-lihat apa yang dikatakan ye..

Here’s where all 5 yrs of study comes dwn to, SPM. Gotta score! Tune onto Astro 603, #TutorTVSPM for sm quick tips

campaign image

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca di sini,hehe..jumpa lagi di lain waktu!!!

DOA SELAMAT

Assalamualaikum semua kawan-kawanku..hari ni saya sekadar mahu berkongsi seedikit doa dengan anda iaitu 'DOA SELAMAT'...doa ni banyak manfaatnya kepada kita sebagai umat Islam..kita memang akan sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapatkan manfaat dari-Nya..jadi sama-samalah kita menjadikan doa yang saya titipkan ini sebagai salah satu doa dalam banyak-banyak doa dalam kehidupan kita setiap hari..jom baca doa!!!



Sekian dahulu untuk entri kali ini..rajin-rajinlah berdoa ye kawan-kawanku sekalian!!!

Sunday, October 16, 2011

Hati-hati bila MENEGUR!!!

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian..setelah beberapa hari rasa malas nak update entri baru, hari ni datang mood baik untuk menulis kembali..tajuk entri ni juga adalah berkaitan dengan 'SAHABAT'..entri ni juga berkaitan dengan dua entri sebelum ni klik sini dan di sini juga (silalah baca kalau anda belum membcanya,hehe..) 

Seakrab mana pun hubungan antara kamu dengan sahabat, kamu perlu tahu batas-batas penggunaan bahasa yang tertentu. Lebih-lebih lagi sewaktu ingin menegur sahabat tentang perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban seperti masalah bau badan/mulut, gaya berpakaian, cara makan dan sebagainya. Sebaiknya berhati-hatilah sewaktu ingin menegurnya..jangan suka-suki kita je nak tegur ikut cara yang disukai..so, jom baca tips yang saya mau kongsi ni..

1. Jika ingin menegur tentang perkara-perkara agak sensitif tentang diri sahabat, seharusnya kamu memberi teguran itu secara sembunyi dan bukan secara terang-terangan. Ini penting untuk menjaga air mukanya. Contohnya guna 'surat' dll lagi yang sesuaila ye..


2. Jika sahabatmu memiliki masalah bau badan, mungkin kamu boleh mengambil inisiatif untuk membantu sahabat dengan cara menghadiahkannya satu semburan badan yang sesuai buat dirinya. Mungkin cara ini agak simbolik, tapi sekurang-kurangnya boleh memberi isyarat kepada sahabat secara halus. Contohnya bagi perfume 'Impulse' ke..


3. Selain itu kamu boleh juga mencuba dengan cara memberi cadangan. Sebagai contoh;
i) "Kamu pasti kelihatan lebih cantik jika berpakaian sedemikian".
ii) "Bau semburan badan ini memang sesuai untuk kamu".
iii) "Jom kita sama-sama mencuba produk semburan badan seperti yang baru diiklankan di TV tu".


4. Sewaktu keluar membeli belah bersama-sama, ambil kesempatan tersebut untuk membawa sahabat membeli barangan yang perlu ada buat dirinya seperti cecair kumuhan untuk nafas segar, deodoran, bedak, pakaian-pakaian tertentu dan sebagainya. Kamu tegaskan kepadanya bahawa setiap orang perlu memilikinya agar berkeperibadian lebih meyakinkan. Tekankan kepadanya bahawa kamu juga memerlukan produk-produk sedemikian. Jadi, tidaklah si sahabat berasa hati!!!


SEKIAN DAHULU DARI SAYA UNTUK ENTRI KALI INI..(^^,) SELAMAT MEMBACA!!!!!!

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday: HOKI WEHH!!!

Assalamualaikum..hari ni mau menaip skit je,hehe..




Aku main hoki dan aku memang suka main hoki,hehe..SEKIAN....

Monday, October 10, 2011

Minimumkan gangguan dalam persahabatan

Assalamualaikum kawan-kawan..entri ni mungkin bleh la di katakan bersangkut-paut dengan entri yang di pos sebelum ni,hehe..kalau kita bleh jadi teman bicara yang sewajarnya jadi apa salahnya kita juga cuba minimumkan gangguan dalam persahabatan kita pula..jomm layannnn;



1- Jangan terlalu mengharap : jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dari seorang sahabat kerana dia juga hanya manusia biasa.

2- Memilih : kenal pasti hati budi terlebih dahulu sebelum mengambil seseorang itu menjadi teman kita.

3- Luaskan empayar persahabatan : rajin bergaul dan mencari rakan-rakan baru supaya kita boleh berkongsi-kongsi pendapat dan idea.

4- Belajar berkata 'tidak' : tidak perlu sentiasa menuruti kehendak dan kata-kata rakan, kita perlu berani untuk berkata 'tidak' jika tidk bersetuju dengan ajakan rakan tersebut.

5- Luangkan waktu : perkara paling penting dalam persahabatan ialah meluangkan waktu bersama. Jika tidak dapat meluangkan masa bersama tak gunalah ada kawan,hehe..



Rasanya cukuplah dulu setakat ni info dari saya..nanti nak update pasal benda lain pula..

SELAMAT MEMBACA SEMUA!!!

7 TIPS jadi Teman Bicara

Assalamualaikum semua..malam ni hanya sekadar nak berkongsi sedikit tips tentang kawan,huhu..almaklum la kan dalam hidup, kita memang perlukan kawan untuk luahkan segala apa yang dirasa baik sedih, gembira, geram, marah dan sebagainya..sebab tu jagalah hati kawan-kawan anda tu ye..mereka memang berharga dalam hidup kita..tiada kawan tiadalah penyeri hidup di atas dunia yang fana ini..hehe..emm jom la semak tips kat bawah;


  • kenali gaya perbualan sahabat.

  • sesuaikan diri dengan sahabat.

  • beri kesempatan kepada sahabat.

  • jangan suka 'memotong' perbualan.
love

  • jadilah pendengar yang baik.

  • tunjukkan ekspresi sewajarnya.

  • jaga mata.

Sekian dahulu tips untuk hari ni..semoga anda yang melihat-lihat entri ni faham maksud yang ingin di sampaikan melalui penulisan yang simple dan gambar yang ringkas..terima kasih kepada yang sudi membaca!!!

Saturday, October 8, 2011

Mesti baca! 9 RULES BERCINTA

Apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini seharusnya biarlah seiring dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan barulah kehidupan kita akan menjadi lebih sempurna dan bahagia..oleh itu jika kita mahu rasa bahagia ketika bercinta, jommm layan undang-undang yang disenaraikan di bawah;

 pink hearts

1- Sayangilah si dia dengan hati bukan dengan perasaan.

2- Menerima si dia seadanya.

3- Hargai pengorbanannya.

4- Hormati pendiriannya.

5- Yakin pada keistimewaan si dia.

6- Elak bersangka buruk.

7- Menyayanginya setiap hari.

8- Berusaha mencapai persefahaman.

9- Jangan berbangga diri.

Cukuplah rasanya sembilan undang-undang ni dulu..hehe..kita sebagai manusia biasa kadang-kadang tak cukup kuat gak benarnya nak ikut semua undang-undang ni..lagipun ni sekadar bercinta dengan manusia, walhal bercinta dengan Allah sendiri iaitu pencipta kita..kita tak mampu nak ikut semua peraturan dan undang-undangnya..jadi renung-renungkanlah ye kawan-kawanku semua,huhu..



 

TIPS buat si rambut "bercabang'


Assalamualaikum semua kawan-kawanku yang comel dan hensem,hehe..hari ni rasanya nak berkongsi tentang tips berkaitan rambut la plak..moga anda semua mendapat sedikit manfaat darinya ye..(^^,):

  • Jika kamu terus membiarkan rambut bercabang, ia boleh merebak sehingga ke bahagian atas rambut dan ini akan menjadi pecahan rambut semakin parah dan semakin mudah putus.
  • Trim (potong hujung rambut) secara teratur untuk membuang rambut bercabang dan terputus-putus ini.
  • Gunakan perapi secara teratur setiap kali selesai bersyampu. Ia bertujuan melembapkan rambut dan mengembalikan keadaan rambut pada keadaan asal.
  • Jangan mengikat rambut dengan ikatan yang terlalu ketat.
  • Sapukan perapi dan vitamin pada bahagian hujung-hujung rambut bagi melembapkannya.
  • Sekiranya rambut berada dalam keadaan yang mudah gugur, gunakan sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut.
 

"SELAMAT MENCUBA YE!!!"

Friday, October 7, 2011

Be a genie! Grant somebody that cash prize of RM 10K! #NescafeChilllah

Be a genie! Grant somebody that cash prize of RM 10K! #NescafeChilllah

campaign image

Penebang pokok dan kapak tumpul


 
AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya.


Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya. 


Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.



“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.


Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu.

Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.

Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?””Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.

“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun.

“Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum.

“Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!,” perintah majikan.

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar.

Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan.

Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi.

Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca.

Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.



SUMBER: Harian Metro (Slot Tazkirah Remaja oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh)

OPSS!!!Jerawat

Assalamualaikum semua..hari ni saya muncul kembali untuk meng'update'kan diri dengan entri baru iaitu berkaitan jerawat,hehe..saya pasti anda semua mesti terlibat dengan masalah ni kan (termasuk saya la tu,hihi...) Ha..setiap dari kamu tentunya tahu jerawat adalah musuh utama setiap wanita. Kemunculannya bukan sahaja mengganggu penampilan, tetapi juga emosi mu. Sebab itulah pentingnya kamu memberikan perhatian dan penjagaan khusus untuk kulit wajah. Bagi merealisasikan impian tersebut, semak 14 tips atasi jerawat di bawah..ayuhhhh kawan-kawanku!!!


  

1- Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2- Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.

3- Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas menggunakan mekap.

4- Cuci wajah sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai  untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5- Opss! Awas, jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6- Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7- Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8- Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9- Sering berganti tuala pengelap wajah. Pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.

10- Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11- Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12- Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat berkumpulnya minyak dan debu.

13- Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori tinggi.

Sekian dahulu penulisan saya untuk kali ini..sebenarnya penulis berkongsi tips ini dengan anda kerana penulis juga ada kalanya tidak dapat mengelak diri sendiri dari tidak melakukan perkara seperti di atas,hehe..tak larat nak ikut gak kalau banyak tips sangat..takpe la janji penulis dapat berkongsi dengan pembaca semuapun dah mencukupi kan,hehe..

"SELAMAT MEMBACA & MENGAMALKANNYA!!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...