Thursday, September 29, 2011

TIP: Makanan untuk langsingkan TUBUH!!!

Assalamualaikum semua kawan-kawan dan pembacaku sekalian..hari ni rasa nak buat entri pasal tip kesihatan la pula,hehe..bukan apa la kan, di samping menjamu kesihatan rohani dengan ilmu agama, jasad kita juga kenala sihat ye..kalau tak susahla nak beribadat pada Allah s.w.t..oleh itu jom kita lihat apa makanan yang sesuai yang boleh buat badan kita langsing..laki ke perempuan ke semua boleh amalkan makanan ni,hehe..

Pertama: PISANG


Kedua: KEKACANG


Ketiga: KENTANG


Keempat: BERAS MERAH


Kelima: BARLI


Untuk makluman tip ini adalah dari Majalah Mingguan Wanita (23-29/9/11) tetapi ianya telah saya ubah menjadi gaya penulisan saya..jadi semoga anda mendapat sedikit manfaat dari tip ini,huhu..mulai hari ni jom sama-sama makan benda-benda ni,hehe..sama-samala kita jadi sihat untuk beribadat di samping kuruskan diri!!!!(^^,)

Keindahan UNGKAPAN yang dicipta kita..


Assalamualaikum semua kawan-kawan ku sekalian..diharapkan anda semua sihat dan sentiasan hensem dan cun selalu..malam ni (emm dah pagi kot,huhu..) saya nak menyampaikan sedikit 'ungkapan' yang saya rasakan best gila kottttt!!!! Jom layannnnn;

~KEJAYAAN~
" Bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan, tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiap kali setelah membuat kesilapan.."

~SETIAP ORANG PERLU MENGHADAPI DUA KESAKITAN~
" Sakit untuk mendisiplinkan diri atau sakit kerana menyesal!!!"

" The Largest Room in The World is Room for SELF-IMPROVEMENT.."

Cukuplah untuk malam ni..sikit-sikit sudah, jangan tamak,hehehe..





Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday!!!

Assalamualaikum semua..

1.
 

2.

3.

4.

5.

SEKIAN!!! (^^,)

Tuesday, September 27, 2011

SAYA SUKA BERBLOGGING KERANA..

Salam semua kawan-kawanku yang hensem dan cantik..hari ni buat pertama kalinya saya saja join satu contest ni..contest ni menarik hati saya,hehe..kat bawah ni adalah 'banner' dan link ke blog owner yang buat contest ni..kalau rajin anda pon join la sekali.hehe..


(klik 'owner contest yang kiut' kalau nak terjah blognye ye,hehe)

Saya suka berblogging kerana hanya satu sebab yang utama iaitu melalui blogla saya dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang bermacam-macam karekter, ada yang suka kepada hiburan, gosip, kesihatan, kemalangan, keislaman dan banyak lagi la,huhu..semua kawan-kawan ni memberi keceriaan dalam hidup saya..lagipun, hidup tanpa kawan, dunia kita akan jadi sunyi dan suram..takutlah hidup sorang-sorang,huhu..SEKIAN!!(^^,)v

Saya mau tagged contest ni pada:
Lin Lina , Raena Atila , Mastura

Samsung Galaxy SII users are sharing their love for their phones! #LoveMySII

Samsung Galaxy SII users are sharing their love for their phones! #LoveMySII


JOM KLIK LINK DI ATAS NI..SAYA SEKADAR BERKONGSI DENGAN ANDA!!!!

Sunday, September 25, 2011

TIP: untuk membuat GIGI kembali putih secara semula jadi

1) Lemon dan garam
 
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon ynag telah dicampurkan dengan sedikit garam. Aplikasikan pada gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan tanda-tanda kekuningan atau karat pada permukaan gigi.

2) Kulit limau

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Ia mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut sekali gus membantu menghilangkan noda karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan gigi.

3) Daun salam

Ambil enam helai daun salam, lalu jemur di bawah matahari hingga kering. Haluskan daun salam tersebut dan tambahkan serbuk kulit limau. Gosok campuran ini pada gigi setiap hari dan lihat hasilnya nanti.

4) Strawberi

Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati malah ia kaya dengan vitamin c. Selain itu, ia juga memiliki khasiat untuk membersihkan gigi. Meskipun rasanya manis, buah ini tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, ia membantu menghilangkan noda karat pada gigi dan membuatnya menjadi lebih putih.

5) Sari epal dan cuka putih
 
Sari buah epal dan cuka putih juga sangat efektif menghilangkah noda karat pada gigi kerana kedua-duanya mengandungi bahan pemutih yang membantu menghilangkan noda dengan cepat. Pun begitu, pastikan anda tidak menggunakannya terlalu banyak kerana kedua-dua bahan ini agak keras dan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan gigi. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.

Sealin itu, untuk mendapatkan senyum yang cantik menawan, anda harus rajin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hindari penggunaan gel atau bahan kimia lain untuk memutihkan gigi. Ini kerana bahan yang terkandung di dalamnya dikhuatiri boleh membahayakan lapisan gigi dan menyebabkan gigi cepat rapuh dan mudah rosak.


Sumber: Majalah Mingguan Wanita (16-22 September 2011)

KENYANG sampaikan perut hampir meletup!!!

Salam semua..hari ni malas nak mengarang ayat panjang-panjang..sebab hari ni saya terlalu kenyangggg..terima kasih kepada kawan-kawan yang nak join saya membuncitkan perut hari ni,hehehe..lain kali kita g buncitkan perut lagi ye..untuk makluman anda, saya dan kawan-kawan terlalu borink, so inilah jadinya..MAKAN BANYAK-BANYAK SEPUAS HATI!!!!(^^,)

Kawan-kawan jangan ikutla benda tak elok ni,hehehe..makan banyak-banyak ni leh bagi macam-macam akibat buruk gak sebenarnya..antaranya rasa nak muntah balik, perut penuh sangat sampai tak larat bergerak, mengantuk sebab terlalu kenyang sangat dan banyak lagi la..jadi jangan ikut ye tabiat buruk ni..


Sedapnyeeeeee...hingga menjilat jari


Nak makan yang ni..yummy2!!!

Wednesday, September 21, 2011

Sayangla IBU kita banyak-banyak ye!!!

Assalamualaikum semua kawan-kawanku yang hensem dan cun..hari ni rasa nak tulis tentang 'IBU' la,huhu..kenapa ye?/ Sebenarnya hari ni aku dan kawan-kawan sekuliahku dah takde benda nak buat..almaklum lah masa dah jadi lapang balik setelah semua assignment di hantar,hehe..(gelak bangga tu), so kami pun beli makanan dan rancang mau nonton muvie..bestnyeeee..muvie yang terpilih ialah 'MARS NEED MOM'..saya rasa anda semua mesti dah tonton kot muvie ni, muvie lama dah kuar ni..rasanya tengah tahun hari tu kalau tak silap saya..takpe la bila kuar pon, yang pastikan saya nak cerita tentang pengajaran dari cerita ni je benarnya,hehe..


Dalam muvie ni..mak seorang budak dari Bumi kena tangkap dengan 'alien' dari planet Mars..sebab 'alien' pilih mak ni coz dia seorang yang bertanggungjawab dan selalu marah anak dia yang lalai dan cuai plus xnak dengar cakap dia,huhu..'alien' rasa mak tu sesuai untuk di ambil sifat dia lalu di pindahkan ke dalam memori robot yang mereka cipta..ni kisah mak dia..kisah budak tu lak, memandangkan mak dia tegas dan selalu marah-marah bila dia buat benda tak betul, jadi satu hari tu dia cakap kat mak dia.."Lagi bagus kalau dia takde mak"..bila mak dia dengar gitu, terus sedih plus kecik hati..sob,sob,sob..

Selepas peristiwa sedih tu..malam tu gak 'alien' datang dah tangkap mak dia, dia sedar dan turut ikut kapal 'alien' tu..bila sampai kat Mars..dia terjumpa dengan seorang penduduk Bumi yang dah lama duk sana, orang tu pon ceritala kisah yang sama berlaku kat dia gak dulu masa kecik..so lepas tu budak tu pon giat berusaha untuk selamatkan mak dia dari 'ALIEN'..

Pengajarannya..janganlah kita suka menyakiti hati ibu kita coz ibu marah tu tanda sayang dan untuk kebaikan diri kita gak benarnya..ibu bukan saje-saje nak marah tanpa sebab..bukan apa, takut kita akan menyesal di kemudian hari setelah apa yang kita lakukan kepada ibu hanya sebab tak suka dia selalu marahkan kita..kita gak tak tahu bila Allah akan menjemput ibu kita pulang kepadanya..takut tak sempat nak minta maaf je, tak kan nak tunggu raya baru nak minta maafkan..jadi kurangkanlah buat salah dengan ibu ye kawan-kawan..

"INGATLAH SEMUA..SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU!!!"



Jom amalkan DOA bersama-sama!!!

Doa 1


Doa 2


Doa 3


Ini merupakan sebahagian doa yang dapat saya kongsikan dengan anda semua..semoga kita semua dapat beramal dengan-Nya kerana Allah s.w.t....

Tuesday, September 20, 2011

Beban BATU atas kepalaku terbang akhirnya(^^,)

Assalamualaikum u alls!! Terlebih gembira sudah hari ini..kegembiraan ini kerana saya telah selamat menjalani sesi 'viva' ataupun di sebut gak 'pembentangan kajian tindakan'..pembentangan ni syarat tau nak lulus ijazah sarjana muda (harap maklum ye kawan-kawan)..hehehe..saya dah selesai sebab tu rasa kepala ringan je..jika sebelum ni rasa cam ada batu besar je atas kepala..tapi selepas pembentangan selesai terus rasa ringan lak kepala saya..pelik kan?? Tapi benda biasa la kan lepas semua benda yang menakutkan kita berlalu mesti kita akan rasa lega..Jadi buat kawan-kawan saya yang belum 'membentang kajian anda' saya ucapkan 'SELAMAT MEMBENTANG DENGAN CEMERLANG'..huhu..saya dah lepas, anda bila lagi??hehe..gurau je..



Sunday, September 18, 2011

5 sebab berat tak mahu turun!!!

1. Kurang bergerak.


2. Makan terlalu banyak.


3. Makan sambil berdiri.


4. Sering mengunyah.


5. Tidak tahu kuantiti makanan yang dimakan.



Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Julai 2011)

Berjemur dedah diri pada risiko kanser




Trend menggelapkan kulit sudah semakin diminati ramai. Malah semakin ramai remaja wanita di negara-negara Eropah dan Amerika gemar berjemur di tepi pantai agar kulit kelihatan lebih menarik dengan warna lebih gelap. Padahal, jika tidak dibatasi sinar ultra lembayung berlebihan pada kulit boleh menyebabkan kanser kulit.

Akademi Dermatologi Amerika telah menyelidik seramai 3,800 orang responden remaja perempuan yang berkulit cerah berusia antara 14 hingga 22 tahun. Hasilnya, mereka cuba mendapatkan kulit yang dengan terus berada di bawah sinar matahari atau ke kedai / premis yang menyediakan perkhidmatan menggelapkan kulit, atau menggunakan kedua-dua cara ini.

Berikut, adalah kesimpulan yang didapati daripada hasil penyelidikan yang dilakukan pada tahun lalu:

  • Sebanyak 32 responden telah menggunakan kemudahan menggelapkan kulit pada tahun lalu.
  • Sejumlah 81 peratus daripada mereka sering berjemur di luar ruangan secara rutin.
  • Hampir sebahagiannya, iaitu sejumlah 42 peratus daripada mereka melakukannya di premis atau kedai yang mempunyai kemudahan lebih baik berbanding berjemur.
  • Hampir 66 peratus responden berfikir mereka kelihatan lebih menarik dengan kulit yang lebih gelap, manakala 87 peratus remaja yang melakukannya berkongsi pendapat yang serupa.
  • Remaja perempuan yang menggelapkan kulit di kedai mengakui mereka melakukannya kerana mengikut ibu bapa masing-masing yang turut menggelapkan kulit.
Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Julai 2011)

Saturday, September 17, 2011

Selingan buat si 'KERAS KEPALA'











JADI KAWAN-KAWANKU JANGAN LA IKUT SEMUA NI YE..TAK ELOK PON, KERAS KEPALA BUAT KITA CEPAT MARAH..BILA SELALU MARAH-MARAH, ALAMAK!!!CEPAT TUA DA,HUHU..NO!NO!NO!!!!!....(^^,)v

Siapa rasa dia KERAS KEPALA??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..hari ni saya mahu tulis entri berkenaan 'KERAS KEPALA'..siapa ye yang keras kepala??? hmmm..saya juga keras kepala orangnya,hehe..sebab tu la saya nak buat entri tentang ni..selain tu, saya tahu anda semua dan orang yang berada di sekeliling saya juga keras kepala coz biasala kan masing-masing ada ego sendiri..bermula dengan ego lama-lama nanti akan bertukar la jadi keras kepala,huhu...susah kan nak nasihat dan ubah manusia yang keras kepala tapi kalau tak tegur langsung pon tak leh gaj benarnye..cian dia nanti tak sedar-sedar kesalahan diri sendiri untuk berubah jadi orang baik,hehehe..

Ok la malas merapu panjang-panjang..kat sini saya nak kongsi la sikit tentang satu artikel ni "KETEGUHAN HATI vs KERAS KEPALA"..saya jumpa dari page ni (http://www.bcs.org.sg/index.php?option=com_content&view=article&id=365:keteguhan-hati-vs-keras-kepala&catid=45:just-a-simple-thought&Itemid=69)...

Beberapa perbezaan antara orang yang mempunyai keteguhan hati kerana mengetahui apa yang menjadi rencana Tuhan dalam hidupnya dan orang yang memiliki sikap keras kepala:
 
a. Orang yang mempunyai ketetapan hati memulakan perjalanan rohaninya kerana dorongan dari Roh Kudus dan kadangkala mendapatkan peneguhan dari beberapa wali Tuhan yang lain. Orang yang memiliki sikap keras kepala melakukan segala sesuatunyaberdasarkan suatu andaian yang keliru tentang dirinya sendiri.
 
b. Orang yang mempunyai ketetapan hati adalah orang yang selalu mempunyai persekutuan yang hidup dengan Tuhan. Orang yang memiliki sikap keras kepala bergantung kuat dari watak dan keperibadian yang ia miliki.
 
c. Orang yang mempunyai ketetapan hati akan selalu melihat campur tangan Tuhan dalam hidupnya. Orang yang memiliki sikap keras kepala akan selalu menggunakan kemampuannya sendiri untuk dapat menyelesaikan masalah yang ada.
 
d. Ketetapan hati yang kita miliki mengkondisikan kita untuk selalu memerlukan Firman Tuhan dalam hidup kita. Sikap keras kepala yang dimiliki seseorang mengkondisikannya untuk mencari peneguhan dari kata-kata manusia.


Sekian sahaja dari saya untuk entri hari ni..selamat membaca semua!!!!

Thursday, September 15, 2011

Aku boleh SABAR tak???

Assalamualaikum semua..moga semuanya sihat sejahtera..agak lama gak la saya mendiamkan diri dari dunia penulisan blog ni,huhu..bukan merajuk tapi sibukla dengan macam-macam hal yang serabutkan kepala saya sampai takde 'mood' nak mengarang entri baru..hidup ni memang perlu fikir macam-macam kan?? Kalau tak sabar boleh ke kita hadapinya dengan tabah tanpa jadi GILA??/ toink toink toink..hehe..sapa nak jadi gila??saya tak nak..

Ok la..merujuk tajuk kat atas..saya sebenarnya mahu ceritakan tentang betapa saya bersabar membuat dan menjalani setiap masalah saya dengan tekun dan sabar..huhu..akhirnya berkat sabar, semuanya siap dan dapat kurangkan sikit beban fikiran saya...APAKAH SABAR SEBENARNYA?? Jom kita fahaminya bersama-sama:

" Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia."



  • Ringkasan dari segi makna

Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Fikrah kesabaran boleh diambil i’brah sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah ini tanpa hala tujuan dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.
Sebenarnya Allah hendak membuktikan setiap makhluk yang Allah ciptakan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang boleh kita peroleh sebagai manfaat. Sifat ini juga dalam masa yang sama dapat memenjarakan ketaatan kita kepada Allah. Kenyataan ini dapat diterangkan seperti berlakunya sesuatu musibah atau ujian yang berat bagi kita, tanpa berdalih kita mesti berbalik kepada Allah yang mana dari setiap yang berlaku semuanya dari Allah Azza wa Jalla.

JADI KAWAN-KAWAN..AYUH SEMUA KITA BANYAKKAN BERSABAR DALAM MENGHADAPI APA JUA CABARAN DAN DUGAAN DALAM HIDUP!!!!!!!

Tuesday, September 6, 2011

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Assalamualaikum semua kawan-kawanku..mesti lepas raya semua orang rasa badan dia naik kan?? Emmm rasanya saya pon kot,hehe..oleh itu, saya pon carila artikel ini untuk di kongsi dengan anda semua..jom diettttt!!!!(^^,)..biasala kan lepas raya je semua berat badan bertambah sebab rakyat malaysia suka makan pulut (ketupat ngan lemang), nasi himpit, kuih-muih, biskut raya dan banyak lagi la kan..sebab tu la kita gemuk @ bertambah berat badan..huhuhu..dah la, penat dah merepek..bacala ye artikel ni..tq u alls!!

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI HARI YANG KEENAM(^^,)

Assalamualaikum semua..agak lama gak la rasanya saya berdiam diri dari berbicara di laman blog ini,hehehe..almaklum la sebelum ni sibuk buat persiapan nak raya,huhu..sebab terlalu sibuk, saya pon takde la idea untuk membuat sebarang entri baru..harap maaf ye..emm sebut pasal rayala kan, ada tak di kalangan kawan-kawan semua yang tak bermaaf-maafan masa hari raya hari tu?? Tak kirala salam dengan mak ke, ayah ke, atuk ke, nenek ke..pendek kata semuala sedara mara..kalau ada yang tak bermaafan tu rugila anda sebabnya raya aidilfitri setahun sekali je kita meraikannya..ntah tahun depan sempat lagi tak kita nak bermaafan kan..kita tak tahu bila kita akan mati, ajal dan mautkan di tangan Tuhan..hah!!!takut tak bila saya tulis camni??hehehe..sekadar ingatan la kan sesama umat Islam..memangla kita leh je minta maaf hari-hari dari orang yang kita buat salah tapi perasaan tu tak kan rasa sama macam semasa kita minta maaf masa hari raya aidilfitri..lagipon kan, elok la kita bermaaf-maafan di pagi syawal sebab kita baru je meninggalkan bulan kita, bulan Ramadhan yang penuh berkat untuk umat Islam..

Oleh itu, sesiapa yang masih belum bermaaf-maafan dengan orang yang sepatutnya silalah berbuat demikian coz bulan syawal pun sebulan kita meraikannya..sebagai makluman setiap bulan dalam kalendar Islam ada kelebihannya masing-masing..selagi kita boleh kutip manfaatnya selagi itu kita tak salah pape kat Allah..MARILAH KITA BERMAAF-MAAFAN DI BULAN SYAWAL!!!!!


Simbol tangan berjabat mesra


Bermaaf-maafan di pagi raya dengan ibubapa


Bersalaman dengan jiran tetangga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...