Tuesday, August 23, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011!!!!

As salam semua..tahun ni macam-macam perasaan ada..gembira, sedih, tak puas hati, takut, kecewa dan macam-macam lagi bergaul menjadi satu..satu perasaan yang akhirnya 'infiniti'..hmm nape saya kata gini?? Sebabnya ialah pertama tahun ni saya dah nak habis belajar,huhu(sedihhhh)..t dah susah nak jumpa kawan-kawan yang dah bersama ngan saya susah senang selama 5 tahun setengah tu..kedua, 'viva' lepas raya lak (yeayyy)..ketiga 'tension' buat assignment (takut,kecewa dll)..keempat, terpaksa berpisah dengan bulan RAMADHAN dan emm banyak lagi la sebabnya, tak larat nak cerita dah (malas benarnya,huhu)..Sebenarnya kegembiraan paling besar sekarang adalahhhhhhh, kita dah tak lama nak sambut hari raya aidilfitri..so kepada semua kawan-kawan yang rajin datang sini (blog Islam Itu Peganganku) saya nak ucap berbanyak terima kasih dan SELAMAT HARI AIDILFITRI U ALLS!!!! v(^^,)v




Adakah akan khiamat 2012???

Assalamualaikum semua kawan-kawan..emmm apa kaitan tajuk di atas ye????hmmm...sebenarnya begini..jom kita baca satu petikan yang saya share dari rakan di FB..semua anda semua dapat menilainya sendiri..

" Salam.. sy cuba sekadar berkongsi dgn sahabat2 smua.. maafkan saya admin.. Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam... pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)"




Diharapkan melalui sedikit info ini, umat islam akan sedar dan kembali ke jalan Allah..AMIN!!!!

Sunday, August 14, 2011

Khasiat KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari Syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Mudarat makan berlebihan!!!


Assalamualaikum semua kawan-kawanku..hari ni saya nak ceritakan tentang kesan buruk yang akan kita dapat bila kita tamak sewaktu makan sehingga berlebihan..makan banyak ni buruk akibatnya berbanding kebaikan..jommm layannn 'mudarat makan berlebihan':

1. Hati menjadi keras.
2. Menimbulkan fitnah kepada anggota badan.
3. Melemahkan fikiran.
4. Mengurangkan ibadat.
5. Menghilangkan kemanisan beribadat.
6. Terdedah kepada perkara syubhat dan haram.
7. Menyibukkan hati dan badan.
8. Bebanan urusan akhirat.
9. Kurangnya ganjaran pahala di akhirat.
10. Tertahan di Padang Mahsyar.

Demikianlah saja dahulu 10 kesan buruk akibat dari makan banyak..jadi makanlah anda hanya secukupnya ye,huhu..

Thursday, August 11, 2011

Perempuan vs Haid

Salam semua..apakah maksud tajuk entri ni ye?? Nak tau tak..kalau nak tau layan la entri ni..lumrah alam kan, semua orang tahu perempuan normal akan datang HAID tiap-tiap bulan..jadi apakah masalah sebenarnya?? Hmm..begini ye kawan-kawan, kalau bulan biasa rasenya tak de masalah kot berkaitan HAID ni tapi bila masuk je bulan Ramadhan banyakla orang yang mula timbul tanda soal mengenai itula mengenai inila berkaitan HAID di bulan umat Islam ni..huhu..jadi saya rasa nak la tulis entri berkaitan ni walaupun ada banyak je tentang info ni di blog-blog lain..tu kat blog lain kan..sayapon nak gak tulis mengenainya sendiri,hehehe...tulis di BLOG saya "Islam itu Peganganku"...

Antara persoalan yang perempuan sering tanya ialah:

1. Apakah kedudukan puasa bagi wanita yang telah kekeringan haid pada waktu malam bulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar?


Jawapan.

Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
  4. Dilaksanakan pada waktunya
Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.

Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.

Wallahu A'lam. (sumber:http://soaljawab.jais.gov.my/)

2. Hukum wanita mengambil pil penahan haid pada bulan Ramadhan.

Hukum wanita mengambil pil penahan haid,adalah harus pada bulan ramadhan dgn niat nak puasa penuh.. tetapi,kalau boleh janganlah melawan fitrah yang Allah jadikan.. lagipun,pil tu sebaiknya ambil ketika perlu.. dibimbangi kesan buruk pd kesihatan..

Semasa haji perpisahan (Hajjatul-Wada’), Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- masuk ...bertemu ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- dan baginda melihat beliau sedang menangis. Ketika itu ‘Aisyah telah pun berihram umrah. Baginda bertanya; “Kenapa engkau menangis? Barangkali engkau kedatangan haid?”. Jawab ‘Aisyah; “Ya”. Lalu baginda berkata; “Ini (yakni kedatangan haid) adalah suatu ketetapan Allah untuk anak-anak perempuan Adam”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu-).


3. Amalan untuk wanita yang sedang haid di bulan ramadhan.


Semua ibadah boleh dilakukan kecuali solat, puasa, thawaf dan hubungan suami isteri. Para ulama beda pendapat tentang berdiam di masjid dan tadarus Al-Quran. Tapi yang lain boleh seperti zikir, doa , shalawat. Selain itu juga kita boleh mendengarkan CD atau kaset kajian kitab ulama. Kita boleh melantunkan ayat-ayat  Al Qur'an yang kita sudah hafal, tanpa memegang mushaf nya, kerana untuk memegang mushaf tidak boleh (Insya Allah pendapat yang sohih).


Sekian dahulu penulisan saya pada hari ini..mudah-mudahan ianya berguna kepada rakan-rakan semua dan anda-anda di luar sana,hehehe..SELAMAT MEMBACA!!!!

Monday, August 8, 2011

Jalan-jalan Joliiii!!!!

Salam dan apa khabar semua..setelah beberapa hari tidak meng'update'kan entri baru hari ni tetiba lak rasa rajin nak menulis,hehe..kisahnya adalah berkenaan "JALAN-JALAN JOLI"..apa maksudnya ya???hmmmm..begini sebenarnya, hujung minggu lepas iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, saya dan sahabat saya iaitu Thiah dan Izzati telah merantaukan diri ke,jeng jeng jeng..:

Tentatif program

Jumaat
- pergi merantau di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang (hujung kelantan ni,huhu)
- buka puasa di rumah Raena..sahabat kitaorang gak..
- menginap untuk semalaman ini juga di rumah Raena (nasib dia sudi terima kehadiran kami,chewah)

Sabtu
- dah berehat semalam kami pon nak bertolak balik la pagi sabtu ni tapi sebelum tu sempat lagi singgah
  di Kota Bharu dulu, cari-cari baju raya kot jumpa (aku je yang beli orang lain tak berkenan)
- habis 'shopping'..balik semula ke BESUT..

Begitulah program yang berlangsung selama dua hari berkenaan..kira kami ni macam dah jalan-jalan pusing kelantan la..dari BESUT (sempadan Terengganu) ke PENGKALAN KUBOR (sempadan Thailand)..bestnye hanya kami yang dapat..penatnye pon kami gak yang rasa,hehehe..pengalaman ni lagipun kami dah nak berpisah tak lama lagi (habis belajar tahun ni)..huhu sedih gak rasanya..emm tak pe la jomla layan gambar sikit-sikit..


  
Set-set ni kita boleh perolehi di Pengkalan Kubor dengan harga yang murah



Seluar jean lelaki dan perempuan boleh dicari di Rantau Panjang


    
Baju raya boleh dibeli di Kota Bharu (banyak pilihan tapi jalan selalu 'jamm')

Tuesday, August 2, 2011

Pesanan Ramadhan

Salam Ramadhan semua pembaca entriku..terlebih dahulu saya ingin menyatakan disini bahawa entri kali ini hanya sekadar satu perkongsian bermakna buat kita sesama umat Islam dan makhluk yang dicipta Allah..tambahan pula perkongsian ini berkaitan dengan bulan kita yang mulia bulan umat Nabi Muhammad iaitu Bulan Ramadhan..maklumat ini berguna bagi saya dan juga untuk saya kongsikan dengan anda semua..(^^,).. Jangan salah sangka dan cepat membuat penilaian yang buruk terhadap saya..



Untuk makluman anda..kebetulan je saya terjumpa poster ni semasa tengah mencari gambar foto mutiara kata untuk di sini di dalam blog saya..rasanya tak menjadi satu kesalahan kan..benda baik lebih baik di kongsikan??hehe..

SELAMAT MENGHAYATI DEMI ALLAH!!!!

Fadhilat Bulan Ramadhan

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:
(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.
(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.
(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.
(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan
(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa
(6). Diikatnya syaithan
Amalan bersedekah amalan mulia
Bacalah Al-quran selalu

Monday, August 1, 2011

Tips-tips menghadapi ambang ramadhan

Salam semua kawan-kawanku..memandangkan kita pon memang dah memasuki bulan Ramadhan jadi saya nak berkongsila sedikit tips yang berguna dengan anda semua..jommmm layannnnn:-

1. Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
2. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan.
3. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari Ramadhan.
5. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan.
6. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita.
7. Berdoa supaya kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..AMIN!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...