Tuesday, May 31, 2011

Lupa diri sendiri jika lupakan Allah

Memandangkan sudah beberapa hari saya tak update entri baru, jadi hari ni saya nak kongsila sedikit tazkirah untuk remaja sekalian..JOM BACA!!

MANUSIA sering lupa. Ia menjadi kelemahan manusia yang menyebabkan hilang fokus terhadap amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan.

Lupa juga berlaku kerana isteri ramai, asyik memikirkan cara untuk mengelak daripada dimarahi dan strategi sebagai penyelamat daripada diserang. 

Namun, punca lupa yang paling menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri."

Lupa diri sendiri menurut ulama antara maksudnya ialah lupa pada hari akhirat. Ada yang lupa amalan dosa yang dilakukan hingga tidak terasa untuk bertaubat.

Selain itu, mereka lupa tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak, sehinggakan lupa fungsi hidup, lupa sebagai seorang pekerja, lupa tugas, lupa tanggungjawab dan amanah, lupa pada janji dan sebagainya.

Disebabkan terlalu banyak lupa, kita mesti selalu mengingati Allah dengan memberi peringatan serta melakukan analisis (muhasabah) terhadap diri sendiri.

Nasihat Imam al-Ghazali yang sangat mendalam, semoga ia menjadi bahan muhasabah kita. Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Imam al-Ghazali bertanya (pertama): "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat Surah Ali-Imran ayat 185).

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.

Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah 'masa lalu.'

Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga: "Apa yang paling besar di dunia ini?" Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.

Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'nafsu' (sila rujuk Surah al-A'raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah.

Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah 'memegang amanah.' (lihat Surah al-Ahzab ayat 72).

Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima: "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah 'meninggalkan solat.'

Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.

Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah 'lidah manusia.' Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.

Sekian saja tazkirah untuk kali ini..sehingga bertemu lagi..untuk makluman tazkirah ini saya ambil dari hasil penulisan Mohd Zawawi Yusoh(mymetro online)..

Wednesday, May 25, 2011

Akhirnya MERDEKA dan boleh bercuti dengan senang hati!!

Hari ni tamatlah peperiksaan akhir untuk semester ini..berjumpa pula di semester depan kawan-kawanku semua..aku je bercuti, blog aku tak cuti ye,hehehe..aku buat entri ni juz nak menggambarkan rasa hati aku yang gembira setelah habis jawab soalan periksa..penat aku study dua tiga minggu ni, bertungkus-lumus pagi, petang sampai malam ngan buku jek..sampai jadi pening siap nak muntah-muntah lagi..tapi semua tu masa baca buku je, bila dah jawab periksa..rasa tu semua hilang begitu saja..hahahaha..;p

Ok la tak nak la berceloteh banyak (malas tulis benarnya panjang-panjang,hihihi)..aku juz nak wish sikit je untuk semua kawan-kawanku:-


YES!!esok aku balik kampung,huhuhu..tapi kawan-kawan aku dah balik dulu dari aku..ada yang balik petang ni, ada yang balik malam ni..tak pe lah korang happy2 dulu kat rumah aku gak akan menyusul esok..Doakan perjalanan pulangku ke kampung dalam perliharaan Allah..(^^,)v

Monday, May 23, 2011

Bertutur Bahasa JEPUN sikit;p

Dah lama nak tulis sal entri ni tapi asyik sangkut je coz sibuk study tuk exam,huhu..tanpa melengahkan masa jom la belajar sikit-sikit sal bahasa JEPUN ni..ayuhhhhhhh:

satu   -   ichi (ee-chee)
dua   -    ni (nee)
tiga   -    san (sahn)

Lima minit - go-hun
Sepuluh minit - kyu-hun
Satu jam - ichi-jikan


Pukul 3.00 - san-ji (sahn-jee)
Pukul 6.00 - roku-ji (roe-kuu-jee)
Pukul 9.00 - ku-ji (kee-jee)

Ahad - nichiyobi (nee-chee-yoe-bee)
Isnin - getsyyobi (gate-sue-yoe-bee)
Selasa - kayobi (kah-yoe-bee)
Rabu - suiyobi (sue-e-yoe-bee)
Khamis - mokuyobi (moe-kuu-yoe-bee)

Rasanya cukupla setakat ni dulu ye..hanya nak berkongsi sedikit ilmu..saya bukanlah pelajar aliran Jepun tapi juz minat untuk mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda kita Bahasa Melayu..huhu..(^^,)

SELAMAT MENAMBAH PENGETAHUAN!!!!

Peranan Pemimpin atas Bumi ini

Seperti yang pernah saya janjikan dalam entri sebelum ni..saya ada nak berkongsi mengenai 'Peranan Pemimpin' kan..jadi hari ni baru berkesempatan nak kongsi,huhu..tapi sebelum tu saya cakap terus-terangla ye..nak karang sendiri ayat, saya bukanlah pengarang novel ke majalah ke leh buat ayat panjang-panjang dan puitis..jadi sayapon adalah sikit meng'copy' ayat dari artikel-artikel lain yang saya jumpa dan 'edit' semula untuk dijadikan penulisan saya sendiri..haishhh, jomla baca (nanti panjang lagi i melalut,huhu)...

Bermulalah....


DALAM hubungan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, seperkara yang perlu kita ingat ialah sebagai insan atau makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah, kita memikul dua amanah yang penting. Pertama, amanah sebagai hamba Allah yang dituntut supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya.

Kedua, amanah sebagai khalifah di muka bumi yang diberi peranan untuk membangunkan insan dan alam berpandu kepada syariat Allah SWT dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati bersama.
Dalam konteks pembangunan dan memakmurkan negara, amanah untuk menguruskan dan mentadbir negara terpikul di bahu para pemimpin yang pada dasarnya mempunyai tiga peranan utama iaitu:

i. Mewujudkan suasana aman dan damai (mengelakkan rasa takut dan cemas bagi setiap penduduknya).
ii. Mewujudkan kemakmuran dan keluasan rezeki dalam penghidupan (rakyat dalam keadaan sihat jasmani dan rohani).
iii. Melahirkan manusia-manusia yang baik dan berakhlak mulia.

Dengan penjelasan demikian, peranan dan tanggungjawab seseorang pemimpin itu sebenarnya amat besar dan dirasakan amat berat. Oleh itu sebagai seorang pemimpin sama ada terhadap diri dan keluarga apatah lagi jika memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan tersebut malah meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas sesudah beriman kepada Allah dan Rasul.

Jom kita hayati juga salah satu dari sabda nabi ni:

Nabi bersabda :
Pemimpin yang adil Allah melindunginya di bawah nauganNya) Al Bukhari: 423,Muslim:1031
Bertapa besarnya balasan Allah kepada pemimpin yang adil. Oleh itu, nasihat saya jadilah kita seorang pemimpin yang betul-betul pemimpin ye kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dan semuala (tak larat nak taip banyak-banyak,huhu)..;p
Ini hanya sekadar perkongsian kecil dari saya..sebab saya tahu banyak lagi artikel berkaitan pemimpin dikarang oleh penulis lain untuk tatapan kita sebagai umat Islam atas dunia ini..yang penting samaada kita nak baca, hayati dan dalami maknanya untuk diri kita atau tidak je..=>
Selamat Membaca!!!

Sunday, May 22, 2011

Line sangkut..

Apa kes sal line sangkut ek?? Gini..tadi petang aku nak g la bayar saman kat Trafik Cop Jertih..sekali g, bila dah sampai kat sana aku tengok dia tulis line tenet 'k.o'..saman tak leh check..dah tak leh check tu, maknanya tak boleh bayar lagi la saman aku,wuwuwu...T-T..apa da line tenet ni, sangkut plak..dahla nak g Jertih jauh gak..cadang esok nak g semula, mudah-mudahan esok line ok la..

Camne aku boleh kena saman ek?? Ni suma masa balik dari pasar kuala besut masa pagi jumaatla..selama ni (selama 4 1/2 tahun duk kat ipg) jalan yang aku guna tu leh je 2 hala..tapi kena hari jumaat yang 'bertuah' tu jadi sehala je..masa bila berubah pon tak tau, dahla tak de apa-apa 'papan tanda' kata jalan sehala pon..juz ada lukis anak panah atas jalan raya je..manala nak perasan kot..aku tak nampak apatah lagi orang len kan..

Kesimpulannya, hari tu bukan aku jek kena saman..banyak lagi orang len kena gak..selamat duit bayar saman..T-T

Friday, May 20, 2011

Anak kucing bermata satu

PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan  lidah terkeluar.
PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

(Ni adalah artikel dari harian metro..saya copy je untuk di kongsi bersama..)

Kehidupan dunia pada hari ini

Aku terpanggil untuk menulis entri ini selepas baca beberapa artikel di satu blog..mengenai kepimpinan zaman ini, aku sendiri tidak akan menyalahkan mana-mana pemimpin kerana masing-masing punya hak untuk bersuara. Mereka pemimpin, mestilah ada cara tersendiri untuk mengumpul penyokong dan ahli..elok tak eloh caranya bukan urusan kita..kalau nak tau elok tak elok apa kata kita yang jadi pemimpin?? Mesti akan ada yang kata susah jadi pemimpin..ialah pemimpin kena adil kalau tak, nanti bila mati Allah akan persoalkan pada kita, "apa yang kita dah buat sebagai pemimpin??" Camne nak jawab tu?? Wallahua'lam..

Aku harap entri ni tak akan menimbulkan kemarahan kepada sesiapa yang berkenaan..aku tak kutuk, hanya menyatakan sedikit pendapat je..rasanya kalau kita orang terpelajar mesti kita tahu besar tanggungjawab seorang pemimpin di atas dunia ini kan? Si penakut tidak akan menjadi pemimpin..itulah kenyataannya..

Dunia sekarang sudah di ambang khiamat..khiamat yang hanya Allah yang tahu bila masanya kan tiba..aku tahu itu tapi aku juga belum cukup ilmu agama untuk menghadapinya..aku takut kepada Allah, namun dengan iman yang rapuh..mampukah aku lawan godaan syaitan dan nafsu aku sendiri? InsyaAllah aku mampu ya Allah..aku mahu mencari keredhaan Allah..mudah-mudahan aku sentiasa dalam perlindungan-Mu ya Allah..Amin..

Pada entri akan datang aku akan kongsikan sedikit info mengenai tanggungjawab pemimpin ye kawan-kawan..

Wednesday, May 18, 2011

myMetro | Kajian harga RON95 awal Jun

Harga minyak dunia naik lagi seperti yang diberitahu kawanku di facebook..so aku pon fikir, perkara buruk bakal berlaku coz aku kan pemandu gak..huhuhu..memang benda ni terbukti coz sewaktu aku baca metro online hari (tiba-tiba rasa nak baca)..sudah naik artikel berkaitan minyak da..jom jela baca sendiri..

myMetro | Kajian harga RON95 awal Jun

Memangla dia cakap nak kaji coz dia nak naikkan harga la tu..hmmm makin meningkatla beban kita weh,huk3..

Jom layan kata-kata motivasi lak

Layan jangan tak layan..

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka."
- Charles Cahier

"Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya."
- James Allen


"Menyimpang seinci, rugi seribu batu."
- Peribahasa Cina

"Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat."
- Benjamin Disraeli

"Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain."
- I. Salanter Lipkin

"Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya."
- Aristotle


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."
- Albert Camus

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya."
- Marcus Aurelius


Actually, banyak lagi kata-kata motivasi len kita boleh dapat dan cari dari internet...aku pon copy gak dari blog kata-kata motivasi, tapi i amek skit je..hehe..sekadar nak kongsi ilmu ni dari orang lain..leh gak sebarkan,huhu..harap tak kecil hati ye..kita hidup pon memang untuk berkongsi benda baik dengan orang lain kan..(^^,)

Esok hari pentingku

Assalamualaikum kawan-kawanku..esok hari pentingku..aku kena jawap periksa..berdebar lak rasa..nak kata tak baca buku, aku baca je..huhuhu..tapi mungkin sebab lama tak jawap periksa kot..tak pe lah aku akan cuba yang terbaik esok..doakan aku!!!

Ya Allah..moga aku dan rakan-rakanku dapat menjawab soalan peperiksaan esok..

Monday, May 16, 2011

Kisah guru dan murid

Lawak ni adalah bersempena dengan hari guru pada hari ini..jom layannnn:


Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja?
            Petang Dan malam awak doakan saya tak
            Selamat?
Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
            Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh
             Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
             Semua Masa Dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
            Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya,Kamu semua mesti menjawab dengan     
            cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.
murid :(senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
cikgu : oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu Gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Hahaha..begitulah sampai tiada kesudahannya..saje kongsi jek..dah pernah baca pon, baca je sekali lagi..;p

Hari ni 16 Mei ialah 'Hari Guru'

Selamat hari guru di ucapkan kepada diri aku sendiri dan kawan-kawan..hehehe..sempena hari guru ni sempat lagi aku berblogwalking tadi sebelum tulis entri ni..kebanyakkan teman menulis tentang pengalaman pahit dan manisnya dengan guru suatu ketika dulu sewaktu masih di bangku sekolah..pengalaman tu mereka kenang coz memberi erti kehidupan kepada mereka sekarang..jadi betulla orang selalu kata 'kalau takde pengalaman lalu masakan kita dapat hidup sampai sekarang'..fahamkan maksudnya,hehehe..okla nak sampaikan ucapan kat bawah ni je sebenarnya;





Jadilah guru yang sebenar yang tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya..kita mesti ikhlas dan saya mesti ikhlas,hehehe..

Sunday, May 15, 2011

Marilah kita lihat keajaiban Allah lak..

Saje nak kongsi dengan rakan-rakan..

[Image: Allah-(waktu+senja2.jpg]

[Image: kaktus.jpg]

[Image: buah_labu.jpg]

[Image: Tulisan_Allah_di_bumi_africa.jpg]

[Image: hand.jpg]

[Image: allah-171.jpg]

Saya tahu..memang atau mungkin gambar-gambar ni semua dah pernah di paparkan oleh orang lain, tapi tak salah kan berkongsi ilmu..hehehe..lagi pon ilmu yang di ulang-ulang ini kan bagus..supaya kita tidak lupa..manusia kan lalai..;p

myMetro | Mangsa ke-23 semalam

Hah!!ni satu lagi kejadian penting yang berlaku sekarang..'simbah asid'..dengki la kot dan ada masalah konflik dalam diri,hehe..kalau jumpa kena hantar kaunseling ni..kih3..mentang-mentang sekarang duk study sal kaunseling tuk exam..panda-pandai je kaitkan dengan hal ni lak,huhu..xpela..mungkin betul kan..k la baca je la kat metro yang saya tagged kat bawah;

myMetro | Mangsa ke-23 semalam

myMetro | Gula naik 20 sen, minuman 50 sen

Tengok ni..dah kata dh..mesti harga air naik lepas ni..kenyataan dah muncul pon..bacalah sendiri huhu...

myMetro | Gula naik 20 sen, minuman 50 sen

Saturday, May 14, 2011

"Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh"

BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.

Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya. 

Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.

Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.

Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.

Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.

Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.

Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.

Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.

Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata "Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi".

Ada pula yang berkata, "Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.

Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, "Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan". Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.

Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.

Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah Al-Mulk ayat 2)

Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.

Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?

Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah
Al-'Asr ayat 1-3).

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.

Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.

(TAZKIRAH REMAJA OLEH MOHD ZAWAWI YUSOH)

Jom layan kata-kata motivasi lak

Kita layan jela skit-skit kn..aku pon copy dari blog orang len gak..bukan curi ye, juz nak berkongsi ilmunye je,huhu..kita layan gambar yang ada tulisan motivasi la, syok skit,hehehe..jommmmm;


















Wednesday, May 11, 2011

myMetro | Teh harga sama

myMetro | Teh harga sama

bacalah artikel ni..ni semua berkaitan dengan kenaikan harga gula,huhuhu..ntah betul ke tidak..

Lalai solat kerana pengaruh dunia

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?

Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat. 

Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.

Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.

Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.


Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.

(PENULISAN MOHD.ZAWAWI YUSOH)

Ayuh ikuti nasihat ummi

Banyak faedah bila kita dengar dan patuhi nasihat dari ummi, ibu, mak,mama dan seangkatannya..hidup kita juga akan sentiasa di rahmati oleh Allah..hati ummi kita gak akan jadi tenang, setenang air orang cakap..siap sejuk lagi hatinya,hehehe..emm jom la sama-sama hayati nasihatnya, ayuhhhhhhhhhh;


















"Tuntutlah ilmu. Ia suluh kehidupan. Bersungguh-sungguh tangga kejayaan."

"Ilmu itu cahaya. Jahil itu merbahaya."

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaat kepada orang lain."

"Berbuat baiklah kepada kepada kedua ibu bapamu, anak-anakmu akan berbuat baik padamu."

Haa..dah baca semuanya..nasihat akhir tu paling penting tuk menjamin kehidupan kita dari kini hingga akan datang..kenapa? kerana kehidupan kita ni orang cakap macam roda, sentiasa berputar..dari bayi jadi kanak-kanak kemudian remaja, dewasa dan akhirnya jadi orang tua lalu meninggal dunia..begitulah seterusnya, apabila kita meninggal..akan ada orang lain yang menyambungnya sehinggalah akhirnya kiamat tiba..wallahua'lam..

Tuesday, May 10, 2011

Perlu ke mengutuk orang lain sedang kita pon tak sempurna

Entri ni bertkaitan dengan apa yang di tulis oleh cik epal dalam blognye..ada ke patut orang tu cakap kat cik epal   'Jumpa di NERAKA'..ni semua berkaitan dengan pemakaian tudung..memangla kadang-kadang tu kita pakai tudung tak kena gaya tapi bukan hak kita nak tegur dengan cara gitu..aku pon dah pernah tulis pasal pemakaian tudung ni..kalau tak suka tengok orang tu tutup aurat gitu..tegurla elok-elok kan..kalau tak mampu tegur, doa je dalam hati..bukannya dengan cara kasar nak tegur orang..suka hati mak bapak dia je nak wat kenyataan gitu..bukan kata cik epal je tak suka..aku pon sakit hati kalau kena gitu,wuwuwu..sabar jela ye cik epal..aku sentiasa menyokongmu..

Harga gula naik lagi

Wah..terukla macam ni, harga gula naik lagi 20 sen..sebelum ni pon dah naik jadi RM2.10..sekarang jadi RM2.30..akan datang mesti naik lagi..maknanya air kat kedai makan pon mesti naik lagi..oh tidakkkk, kalau camni la jadinya kita kena minum air kosong jela..emm leh ke minum air kosong je sepanjang masa? bosannya air kosong,hehehe..itu baru harga minuman naik..harga barang lain pon konfem jadi mahal juga..kalau semua benda naik harga, terukla kita..tambah-tambah tuk orang yang nak berkahwin..perbelanjaan anda turut meningkat..jadi, beringat-ingatlah tuk berjimat dan bersederhana je..jangan membazir sudah..untuk maklumat lanjut..silalah klik link di bawah..

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GulakiniRM2_30sekilogram/Article/index_html

Monday, May 9, 2011

Contohi sifat positif lebah

Jom tambah ilmu lagi..ikutila artikel di bawah;


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihing�gapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar).

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat unggul. Sifat berkenaan membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. 

Sehingga di mana pun mereka dia berada, ke mana pun mereka pergi, apa yang mereka lakukan, apa peranan dan tugas apa pun yang mereka lakukan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain.


Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera memerlukan manusia seperti itu. Menjadi apa pun, dia akan menjadi yang terbaik; apa pun peranan dan fungsinya maka segala yang dia lakukan adalah hal yang membuat orang lain, menjadi bahagia dan sejahtera.


Nah, sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah SAW dengan penyataan dalam hadis di atas mengisyaratkan agar kita mencontohi sifat positif yang dimiliki oleh lebah.


Tentu saja, sifat itu sendiri memang adalah ilham daripada Allah SWT seperti mana yang Dia firmankan, “Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.


“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 68-69).


Sekarang, bandingkan apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut: Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih.


Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Dia sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga yang terakhir amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat berbau busuk.


Tapi lebah ia hanya mendatangi bunga-bungaan atau buah-buahan atau tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu.


Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah ayat 168).


(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah Al-A’raf ayat 157).


Kerananya, jika ia mendapat�kan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan sewenang-wenangnya, manipulasi, penipuan dan dusta.


Segala kekayaan hasil perbuatan tadi adalah khabaits (kebusukan). Mengeluarkan yang bersih. Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu madu mempunyai khasiat kepada kesihatan manusia.


Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan daripada organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikkan ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan: air liurnya!


Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah Al-Hajj ayat 77).


Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah diwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum).


Al-khair di dalam ayat itu bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan manusia dan makhluk lainnya. Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan.


Hatinya jauh daripada prasang�ka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik perilakunya tidak menysahkan orang lain melainkan malah membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar manfaat manusia.


Tidak pernah merosak seperti yang disebutkan dalam hadis yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dihinggapi.


Begitulah sifat seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik material mahupun bukan material. Bahkan dia selalu melakukan kebaikan terhadap orang lain.


Dia melakukan kebaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.


Jika kerosakan terjadi akibat rasuah, ia perlu membanterasnya kemudian menjauhi perilaku buruk itu. Berbalik kepada lebah, ia serangga yang kuat bekerja.


Ketika muncul pertama kali dari biliknya (menetas), lebah membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu.


Begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Surah al-Insyirah ayat 7).


Kerja keras dan semangat pantang undur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia kecuali yang mendapat rahmat Allah- tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam menegakkan keadilan.


Bekerja secara berkumpulan (jama’i) dan tunduk pada satu pimpinan. Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri.


Mereka pun bekerja secara kolektif dan masing-masing mempunyai tugas sendiri. Ketika mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya.


Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk memanggil teman-temannya untuk membantu dirinya.


Itulah seharusnya sikap orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Ash-Shaff ayat 4).


Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu. Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang ketika terasa terganggu atau terancam.


Untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari.


Tapi jika ada, tidak lari. Itulah beberapa karakter lebah yang perlu dicontohi orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam.

Kalau dah baca apa lagi..jom semua kita jadi lebah(^^,)..

Tegas soal hukum elak gejala buang bayi

Dunia sekarang semakin teruk..manusia semakin kejam..tak payah sebut, rasanya semua orang yang prihatin boleh nampak..lihat di sekeliling kita pon dah cukup..sekali pandang ingat sampah tapi rupanya bayi..oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati artikel ini;


KATA Imam al-Maududi : “Kalau kita nak lihat masa depan ummah lihatlah remaja masa sekarang dan kalau kita tak mahu keruntuhan ummah masa depan didiklah remaja masa kini.”

Hidup kita bukan hanya hendak berhibur, tetapi kita hidup untuk menjadi pejuang. Kita bukan mahu melahirkan perosak dan pemusnah, tetapi kita mahu lahirkan pembina serta penegak ummah. 
Mana mungkin penghibur boleh diajak berjuang, bukan tidak boleh berhibur, tetapi biarlah hiburan yang ada mesejnya dan punya tema ketuhanan dan kenabian.


Kalau mahu seronok dan hidup bebas pasti banyak yang terbabas. Bila sudah terbabas pasti parah �sehingga membawa kematian.


Kalau mati tanam sahajalah, jadilah mayat dan tinggallah kenangan, tetapi apa dibimbangkan ialah hati yang mati, jiwa nurani yang parah.

Jika hidup sekalipun nanti menjadi pemusnah dan peruntuh kebaikan yang sudah dibina atau apa-apa kebaikan yang sedang dalam pembinaan.


Yang tinggal kenangan pahit yang ditelan generasi di belakang yang terpaksa menggalas bebanan angkara perbuatan sumbang kita.


Antara mimpi ngeri yang �sedang kita alami dalam realiti ialah bebanan angka buang bayi. Angka itu seperti kita sedia maklum tidak cukup tangan hendak dikira.


Bukan satu malah bertimpa-timpa dosa mereka lakukan. Buang bayi hidup satu hal apa lagi yang mati. Jenayah dalam jenayah, dosa dalam dosa, zalim bertindan-tindan.


Buang anak adalah akibat zina kerana orang yang hamil secara halal tidak akan membuang anaknya. Manakala zina itu sendiri adalah akibat perbuatan lain, iaitu pergaulan bebas.


Seterusnya, kita mesti mencari jawapan apakah punca pergaulan bebas. Mengenakan tuduhan ke atas pembuang bayi adalah langkah membendung gejala buang bayi.


Tetapi langkah tegas itu masih berada dalam lingkungan merawat, bukan mencegah. Sebenarnya gejala buang bayi adalah berpunca daripada zina.


Cegah buang bayi juga bermakna mencegah zina. Maka dalam mencari penyelesaian sepatutnya isu ini menjadi bahan dan fikir bersama.


Sebagai metaforanya, apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untukmenadah air hujan yang menitis.


Tetapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama.


Tukar atap baru, barulah selesai masalah. Pihak berkuasa mesti bertindak segera, laksanakan undang-undang pencegahan yang menyeluruh dan sampai ke akar umbinya.


Dalam Islam memang terbukti tanpa sebarang keraguan keberkesanannya iaitu menguatkuasa undang-undang hudud dan qisas.


Bermula dengan penerangan dan perancangan yang berterusan melalui pendidikan.


Masing-masing perlu bertanggungjawab, pihak sekolah perlu mendidik dan bukan hanya mencerdik, media dan penyiaran perlu menghidang�kan program yang membina rohani secara kontemporari.


Remaja pula perlu menjauhi sebarang bentuk pergaulan bebas dan jangan sesekali menghampiri zina kerana nanti kita dekat dengan gejala membuang bayi.


Paling kita takuti ialah kemungkinan remaja membuang dan membunuh bayi itu adalah mereka dulu juga anak hasil hubungan luar nikah ibu atau ayahnya yang berzina.


Kini mereka sudah membesar dan bertindak lebih ganas lagi. Manakala ibu ayah pula perlu tegas dengan anak sedari kecil lagi. Bertegas bukan bererti berkasar, tetapi bertegas dalam soal prinsip iaitu solat, aurat, pergaulan bebas.


Jangan beri ruang anak kita memandang kecil suruhan Allah, ingatkan soal akhirat, azab kubur, syurga neraka. Didiklah anak bukan sekadar ‘ternak’ mereka dengan makanan yang enak sahaja.


Berhabislah sedikit wang demi mengenali Allah. Hantar anak ke program motivasi yang menerapkan nilai Islam selain dapat membina kekuatan diri.


Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya jalan betul sedangkan ia bengkang dan bengkok.


Zina perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa ayat 32). Hal itu disebabkan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan masalah zina. Ia termasuk kesan psikologi, sosial ataupun moral.

Oleh yang demikian, nasihat saya bersama-samalah kita menghindari zina..nikmat yang sekejap itu tidak akan boleh bawa kita ke syurga pon..

Tuesday, May 3, 2011

Trend tudung wanita sekarang

Wanita sekarang bertudung sekadar untuk berfesyen..cantik tapi kecik je tudungnye..syok gila bila tengok tapi sebenarnya kita tengah menambah dosa tanpa disedari..yela, yang pakai gitu memang dah kurang tutup auratnya..yang lihat ni plak kekadang tu ngumpat la plak kn..ngumpat kn berdosa gak..pakej lengkap sudah dosa di kumpul..jadi lebih baik kita mendoakan kepada orang itu agar mendapat hidayah untuk berubah kerana kita sudah semestinya tidak berani untuk menegurnya secara terus..orang sekarang pantang di tegur kerana tidak suka hak privasinya di ganggu..

Maka, nasihat saya..nak beramal boleh sangat, Allah tak larang dan memang suka tapi harus kena pada tempat dan caranya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...